Flying Scotsman terbabit nahas

Flying Scotsman terbabit nahas

Flying Scotsman terbabit nahas
KERETA API wap Flying Scotsman terbabit nahas. FOTO Agensi/Peter Jolly

Edinburgh: Lokomotif wap Flying Scotsman terbabit dalam nahas selepas bertembung dengan satu lagi kereta api di Stesen Kereta Api Aviemore, di Cairngorms, Scotland, pada Jumaat malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Stesen ini menempatkan Strathspey Railway, laluan yang membawa pengunjung menaiki kereta api wap di utara Scotland.

Menurut polis, dua orang telah dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga tetapi kecederaan mereka dipercayai tidak serius, kata polis.



Jurucakap Muzium Kereta Api Negara berkata: “Kami mengesahkan bahawa lokomotif wap Flying Scotsman terbabit dalam kemalangan di Stesen Aviemore. Kami masih mengumpulkan maklumat.”

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland menghantar lapan jentera ke lokasi kejadian dan menurut polis mangsa yang lain dirawat di stesen itu.

Seorang jurucakap polis berkata: “Kira-kira 7 petang pada Jumaat, 29 September, kami menerima laporan mengenai dua kereta api bertembung pada had kelajuan yang rendah di Stesen Kereta Api Aviemore.”

Flying Scotsman dijadualkan untuk melakukan perjalanan pada hujung minggu ini.



Flying Scotsman terbabit nahas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button