Pokok Robin Hood mungkin boleh tumbuh semula

Pokok Robin Hood mungkin boleh tumbuh semula

Pokok Robin Hood mungkin boleh tumbuh semula
PEMANDANGAN dari atas menunjukkan pokok Sycamore Gap yang ditebang pihak tidak bertanggungjawab. FOTO AFP

London: Pokok Sycamore Gap terkenal di United Kingdom (UK) dan dunia, yang ditebang secara sengaja dalam tindakan vandalisme, baru-baru ini, mungkin boleh tumbuh semula.

Mirror UK melaporkan, tetapi pokok itu akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai ketinggian tertentu, namun mungkin tidak setinggi sebelum ini.

Pengurus besar National Trust Andrew Poad berkata, ada harapan pucuk boleh tumbuh dari pokok yang menjadi mercu tanda itu.



“Ia adalah pokok yang sangat sihat. Kita dapat melihatnya sekarang melalui keadaan keadaan tunggul itu,” katanya.

National Trust berkata tapak itu ditutup dan meminta orang ramai menjauhkan diri dari kawasan itu bagi memastikan lokasi itu selamat.

Sementara, John Parker, dari The Arboricultural Association, memberitahu Sky News: “Ada kemungkinan tunas akan tumbuh dari bahagian bawah, tetapi pokok itu mungkin tidak kuat seperti sebelum ini.

“Adalah lebih baik pokok baharu ditanam dan dijaga sebaiknya”.



Pokok Sycamore itu, yang memenangi Woodland Trust’s Tree of the Year pada 2016 adalah tarikan utama hingga gambarnya dirakam jutaan pelawat, satu daripada pokok yang paling banyak dirakam di dunia

Ia terkenal di peringkat antarabangsa apabila digunakan untuk adegan dalam filem blockbuster pada 1991, Robin Hood: Prince of Thieves, yang dibintangi Kevin Costner.

National Trust berkata pokok itu ditanam antara 1860 dan 1890 serta diundi sebagai Pohon Terbaik Inggeris pada 2016.

Malang apabila pokok setinggi 108 kaki (32.9184 meter) yang lokasinya terletak di sebelah tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Tembok Hadrian di timur laut England, ditebang pada Rabu.



Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditangkap kerana disyaki melakukan kerosakan jenayah, tetapi kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada Jumaat, seorang lelaki berusia 60-an pula ditahan dan dia masih ditahan bagi membantu siasatan.

Pokok Robin Hood mungkin boleh tumbuh semula


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button