Dr Mahathir saman PM Anwar, tuntut ganti rugi RM150 juta



KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: “Pelaksanaan Sebuah Idealisme” pada Mac lalu.

Dr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.

Tuntutan saman berkenaan difailkan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

Menurut Dr Mahathir dalam pernyataan tuntutannya, keseluruhan program itu dipaparkan secara siaran langsung antara lainnya melalui sidang ‘Facebook live’ akaun Facebook milik Anwar sendiri dan di saluran YouTube Parti Keadilan Rakyat.



Kata Dr Mahathir, ia membabitkan beberapa kenyataan Anwar yang berbaur fitnah dan tohmahan yang berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan dan merosakkan reputasi serta imejnya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker