Maut dirempuh di jalan tak berlampu

TANJONG KARANG: Seorang penunggang motosikal maut dilanggar dari belakang oleh pemandu kereta di Kilometer 70.5 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Parit 4 di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa lelaki warga emas berusia 69 tahun parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, pemandu kereta Toyota Vios berusia 20 tahun yang dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Sekinchan melanggar mangsa di kawasan gelap yang tidak mempunyai lampu jalan.

“Penunggang motosikal Honda Wave dari Klang ke Teluk Intan melalui lokasi kejadian dan dirempuh di lorong kanan oleh kereta dari arah sama,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, pemandu kereta yang bekerja sebagai pelayan restoran tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker