Rafizi tolak Muhyiddin, overconfident bergerak solo

 

 

Oleh Azrin Muhammad



KALAU nak bercerita bab sembang kencang, tiada nama lain layak digelar ‘King’ selain daripada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Masih dengan perangai lebih sudu dari kuah, Rafizi dengan lantang menolak pelawaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bergabung dalam pilihan raya akan datang.

Hanya berperanan sebagai timbalan presiden, Rafizi kali ini tampil lebih garang berbanding presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui parti yang dilihat semakin tenggelam dan kabur dari radar.

Walau bagaimanapun, sifat gopoh dan gila kuasa Rafizi itu kembali terselindung apabila menegaskan keputusan berkenaan telah dicapai dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH), Rabu lalu.



“PN nak ajak bergabung dengan parti Melayu yang kononnya lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) atas alasan PH tak cukup Melayu.

“Biarlah PN kekal dengan tawaran itu, kami (PH) berpegang kepada prinsip sebelum ini bahawa kami perlu bergabung dengan semua kaum,” katanya selepas Program Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Paroi, hujung minggu lalu.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan menggesa semua pimpinan parti pembangkang agar mempertimbang membuka semula pintu rundingan dengan PN sekiranya merasakan BN adalah musuh utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, PH kekal dengan keputusan untuk mencari pemimpin yang jujur, cekap mentadbir dan tidak melibatkan sentimen perkauman.



Kata-kata berbaur sindiran buat Muhyiddin itu jelas menunjukkan PN kini tidak mempunyai cukup sokongan seperti pilihan raya edisi terdahulu.

Drama Rafizi ‘reject’ lamaran Muhyiddin ini sebenarnya adalah tanda episod perpecahan parti PH dengan parti di bawah naungan PN akan bermula.

Semakin berpecah, semakin kecil jumlah kerusi dalam parti mereka. Sudahnya akan memakan diri sendiri kerana pengaruh mereka turut mengecil dalam menghadapi PRU-15.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button