Kriket lelaki negara gagal pertahankan emas

PHNOM PENH: Skuad kriket lelaki negara gagal mempertahankan pingat emas acara 50 over di Sukan SEA Kemboja 2023 apabila tumpas kepada tuan rumah di pentas final yang berlangsung di AZ Group Cricket Oval, hari ini.

Kemboja yang tampil dengan skuad terkuat apabila turut mendapat khidmat pemain import dari India dan Pakistan, berjaya melakukan 334 larian dalam 50 over pada ‘inning’ pertama.

Kapten pasukan Malaysia, Ahmad Faiz Mohamad Noor cuba merapatkan jurang dengan melakukan 78 larian, namun ia belum cukup menghalang tuan rumah meraih pingat emas dengan keputusan 245 larian dalam 40.1 overs selepas beraksi hampir tujuh jam.



“Satu kekalahan yang buruk dan mengecewakan. Prestasi kami ketika membaling kurang baik hingga melepaskan 334 larian kepada Kemboja yang mana mereka beraksi lebih baik di final.

“Kami memang sudah jangka persembahan Kemboja kerana terdapat beberapa pemain import mereka pernah beraksi di peringkat tertinggi sebelum ini,” kata Faiz.

Skuad kriket negara masih berpeluang untuk merebut pingat emas apabila akan beraksi di separuh akhir dalam acara T20, Khamis ini.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button