Sudahkah Hadi Awang Angkat Sumpah?

Sudahkah Hadi Awang Angkat Sumpah?

Sudahkah Hadi Awang Angkat Sumpah?

Sepanjang minggu lepas, tular di laman media sosial kononnya Timb Pengerusi Perikatan Nasional (PN), merangkap Presiden PAS, Hadi Awang akan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 11.

Namun, khabar angin yang dicipta oleh cytro PAS, mereka sendiri menafikannya dengan mengatakan kononnya itu adalah fitnah dari musuh politik PAS.



Namun begitu, fakta politik yang berlaku kebelakangan ini adalah dalil yang kukuh untuk membuktikan kerakusan PAS kepada kuasa.

Angan-Angan Hadi Awang Bermula Dari Awal Tahun 2023

 

Dalam perbahasan Hadi Awang di parlimen pada 28 Feb 2023, beliau tidak lagi dapat menyembunyikan kerakusan peribadi beliau terhadap kuasa.



Secara terbuka Hadi Awang membayangkan gerakan untuk menumbangkan kerajaan sedang diatur.

Amaran beliau, sekiranya kerajaan yang ada sekarang tumbang, jangan disalahkan mereka.

Tetapi ianya adalah kerana kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang rapuh dan berdiri dari sokongan beberapa parti politik.

Persoalannya, memang benar kerajaan sekarang berdiri di atas sokongan beberapa parti politik.



Ini adalah kerana dalam PRU 15, rakyat tidak memberikan mandat yang jelas kepada mana-mana parti politik untuk menubuhkan kerajaan secara bersendirian.

Tetapi, apakah dengan majoriti 148 ahli parlimen atau 2/3 majoriti sokongan parlimen, ianya dianggap sebagai kerajaan yang rapuh?

Dan sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan, mampukah PAS mendapatkan sokongan 148 ahli parlimen?

Proklamasi Melayu Dengan Dr Mahathir Tanpa PPBM?

Sudahkah Hadi Awang Angkat Sumpah?



Terkini, Hadi Awang bersama beberapa pemimpin utama PAS, telah menemui Dr Mahathir untuk menandatangani kerjasama dengan GTA.

Kerjasama yang kononnya untuk menyelamatkan maruah bangsa Melayu itu dinamakan sebagai Proklamasi Melayu.

Apa halatujunya?

Apa gerak kerjanya?



Sehingga kini tidak diberitahu secara jelas.

Apa yang penulis nampak, ianya tidak lebih sebagai satu gerakan untuk mendapatkan ‘political mileage’ dengan menunggang nasib bangsa Melayu.

Namun, apa yang mendapat perhatian penulis adalah, tidak kelihatan pemimpin PPBM hadir dalam majlis tandatangan tersebut.

Adakah PAS bertindak sendirian tanpa mengadakan perbincangan dengan PPBM?



Sekiranya ini benar, bagi penulis, ianya bukanlah perkara baru bagi PAS untuk mengkhianati rakan sekutu mereka.

Mereka pernah melakukannya terhadap UMNO dalam kerjasama Muafakat Nasional.

Adakah ini bermakna PAS sudah mula besar kepala terhadap PPBM?

Tidak lagi menganggap PPBM sebagai ‘big brother’ di dalam PN.

Atau dalm artikata lain, PAS mula merasakan merekalah ‘big brother’ di dalam PN.

Boleh melakukan apa sahaja, sama ada dengan persetujuan atau bantahan PPBM.

Berbalik kepada persoalan asal, sudahkan Hadi mengangkat sumpah?

 

Sudahkah Hadi Awang Angkat Sumpah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button