Terbongkar Noh Omar Kaki Lobi Untuk Dapatkan Jawatan

Terbongkar Noh Omar Kaki Lobi Untuk Dapatkan Jawatan

Terbongkar Noh Omar Kaki Lobi Untuk Dapatkan Jawatan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil, membidas kenyataan Noh Omar bahawa kononnya sekarang ini di dalam UMNO yang tinggal hanyalah kaki bodek.

Menurut Isham, mungkin Noh Omar lupa, ketika pentadbiran BN, Noh Omar pernah melobi beliau untuk mendapatkan jawatan menteri.

“Noh ada perasaan iri hati dan tak baik pada UMNO sebab dia baru dipecat”.

“Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar”.

“Dulu seingat saya semasa dia (Noh Omar) ingin jadi menteri, dia bodek Perdana Menteri, DS Najib Razak”.

“Sampai saya pun dia bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri”.

“Kini hanya beberapa bulan selepas dia minta dipecat daripada UMNO dia sudah mula kutuk dan caci UMNO umpama kacang lupakan kulit”.

“Hanya kerana dia ingin bertanding pilihan raya lawan UMNO,” jelas Isham.

Dalam perkembangan yang lain, baru-baru ini, Noh Omar menyatakan beliau akan menjadikan Tanjung Karang sebagai kubu kuat PN.

Beliau juga dikatakan akan membantu PN menawan Selangor dalam pilihanraya negeri Selangor yang akan datang.

Pada pandangan penulis, mungkin beliau boleh memenangi salah satu kerusi DUN di Tanjung Karang.

Tetapi untuk menjadikan Tanjung Karang sebagai kubu kuat PN boleh diibaratkan sebagai mimpi di siang hari.

Dalam pemilihan UMNO yang baru lepas, bahagian UMNO Tanjung Karang menyaksikan beberapa calon tajaan Noh Omar tumbang.

Manakala pencapaian beliau di peringkat negeri Selangor pula sangat-sangat tidak memberangsangkan.

Selama 2 penggal menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar gagal membantu BN menawan semula Selangor.

Malah pencapaian UMNO Selangor dilihat semakin merudum di bawah kepimpinan Noh Omar.

 

Terbongkar Noh Omar Kaki Lobi Untuk Dapatkan Jawatan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker