Usaha Terbaru PN Tumbangkan Kerajaan Selepas Istana Negara Tutup Ruang Tebuk Atap

Usaha Terbaru PN Tumbangkan Kerajaan Selepas Istana Negara Tutup Ruang Tebuk Atap

Usaha Terbaru PN Tumbangkan Kerajaan Selepas Istana Negara Tutup Ruang Tebuk Atap

Istana Negara secara jelas telah menyatakan pendirian untuk tidak melayan sebarang usaha untuk menukar kerajaan melalui tebuk atap.

Pendirian Istana Negara itu disambut baik kerana ianya akan mematikan usaha Perikatan Nasional (PN), untuk menumbangkan kerajaan melalui cara tebuk atap.

Rakyat faham, pendirian Istana Negara itu bukanlan bermakna pihak istana mahu mencampuri urusan politik negara.



Tetapi ianya diambil demi untuk memastikan kestabilan politik kerana pihak istana mahu ahli politik menumpukan perhatian untuk membangunkan negara.

Tetapi, apakah dengan pendirian tersebut akan membuatkan PN melupakan hasrat untuk menebuk atap?

Dari maklumat yang penulis terima, jawapannya tidak.

PN kini dikatakan sedang mengkaji 2 cara untuk memastikan impian mereka untuk berkuasa menjadi realiti.



Melalui Mahkamah

Maklumat yang sampai kepada penulis, cara pertama yang sedang dipertimbangkan oleh PN adalah melalui perintah mahkamah.

PN akan mengumpulkan surat akuan bersumpah dari ahli parlimen yang bersetuju untuk meletakkan PN di Putrajaya.

Apabila mencukupi jumlah sekurang-kurangnya 112 surat akuan bersumpah, PN akan failkan petisyen di mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya mengisytiharkan kerajaan sudah hilang majoriti.

Maka perintah mahkamah itu akan diserahkan kepada YDP Agong untuk membuktikan perdana menteri dan kerajaan yang baharu perlu dipilih.



Ianya tidak pernah berlaku di Malaysia tetapi kes yang sama mempunyai ‘precedent’ di Pakistan.

Menukar YDP Dewan Rakyat

Satu lagi cara yang dikatakan akan digunakan oleh PN adalah untuk menukarkan YDP Dewan Rakyat.

Ianya penting untuk PN lakukan kerana Istana Negara sudah memberikan arahan supaya PN membuktikan mempunyai majoriti di Dewan Rakyat sebelum menghadap YDP Agong.

PN boleh membuat usul tergempar, tetapi sama ada usul tersebut akan dibahaskan di Dewan Rakyat atau pun tidak, ia terpulang kepada budi bicara YDP Dewan Rakyat.



Lebih merumitkan kerana usul undi percaya sudah pun dilakukan ketika peringkat awal kerajaan dibentuk.

Maka, tidak ada keperluan supaya usul itu disegerakan.

Malah, pada pandanganj penulis, agak sukar untuk PN melakukan perkara ini kerana usul untuk menukar YDP Dewan Rakyat pasti akan dibantah oleh blok kerajaan.

Namun begitu, blok kerajaan boleh terperangkap sekiranya mereka membenarkan undian bagi menentukan sama ada usul tersebut perlu dibahaskan atau tidak.



Masih ramai ahli parlimen yang bersikap musang berbulu ayam di blok kerajaan.

YDP Dewan Rakyat perlu berhati-hati dalam membuat keputusan.

Penulis tidak pasti sama ada maklumat yang diterima sahih atau tidak, tetapi ianya datang dari sumber dalaman PN yang boleh dipercayai.

Kesimpulan yang dapat penulis buat adalah, matlamat perjuangan PN bukanlah untuk negara dan rakyat.



Tetapi untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari didakwa di mahkamah.

Layakkah mereka diangkat semula sebagai pemimpin negara?

 

Usaha Terbaru PN Tumbangkan Kerajaan Selepas Istana Negara Tutup Ruang Tebuk Atap

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button