Proklamasi Melayu boleh sukses jika Najib Razak yang menerajui nya.

Oleh Adam Malik

Tindakan Mahathir tiba tiba ujudkan sebuah gerakan dinamakan Proklamasi Melayu mendatangkan syak wasangka bagi pihak pihak yang mengenali tabiat Mahathir.

Sekian lama memerintah negara sekitar 24 tahun jumlah nya dan sebanyak dua kali menjadi Perdana Menteri , tiada langsung nampak apa apa minat Mahathir mahu menolong orang Melayu.



Malah Melayu dijadikan alat “punching bag” dan sebagai “fall guy” untuk menarik sokongan bukan Melayu.

Apabila Mahathir mahu memancing undi bukan melayu , Mahathir akan sindir dan perli orang Melayu sebagai “pemalas” dan “suka meminta minta”.

Dihimpunan kerajaan pada pagi hari kakitangan kerajaan dipesan supaya jangan mengharap apa apa bantuan kerajaan lagi.

Siapa kakitangan kerajaan itu? Hampir 99% orang Melayu.



Itu lah Mahathir.

Lalu sebaik sahaja diri nya bukan lagi faktor dalam politik orang Melayu , dimana parti atas jenama Mahathir telah hilang deposit pada semua kerusi yang ditandingi nya, hampir seratus lebih kerusi , maka baru lah Mahathir sedar dia perlukan orang Melayu.

Dimasa yang sama pula orang orang Cina sudah pinggir Mahathir kerana telah menipu Lim Kit Siang atas jaminan akan undur diri jika Mahathir tipu janji menjadi Perdana Menteri hanya dua tahun.

Maka, ini lah dia sebenar nya polimik Proklamasi melayu Mahathir.



Mahu berpaut kepada melayu apabila berhadapan dengan kerajaan sedia ada.

Orang Melayu sudah ‘nyah’ kan Mahathir dan tidak perlukan Mahathir lagi , Mahathir sahaja yang mahu berpaut kepada orang Melayu menggunakan cai cai dan barua setia kepada nya untuk menarik orang melayu.

Orang Langkawi juga menolak Mahathir kerana tiada bawa “monetary” atau “financial benefits” kepada melayu.

Yang ada Cuma kata kata hina , perli dan nasihat sahaja.



Projek, bantuan , tender besar semua Mahathir beri kepada kroni kroni nya

Sebalik nya jika ada orang Melayu yang baik hati memberi manfaat kepada Melayu , Mahathir pula menjadi pendengki dan pengacau.

Mahathir penjarakan dia.

Jika Najib Razak menghantar 5,000 melayu kerjakan ibadah haji, Mahathir orang pertama membangkang dan berdengki.



Dikata nya itu semua rasuah.

Kemudian jika Najib Razak memberi BR1M kepada 7 juta rakyat dimana majoriti penerima ada lah orang melayu, Mahathir juga kacau dan dengki.

Itu rasuah rakyat kata nya.

Apabila Najib Razak mahu aset milik orang melayu di Tabung Haji mendapat anjakan dan tanah murah dari 1MDB dijual murah kepada tabung haji, orang pertama yang berdengki ada lah Mahathir.



Mahathir memfitnah dan menghasut tanah 1mdb dijual kerana hendak bailout 1mdb.

Banyak lagi contoh Mahathir tidak berguna kepada orang melayu.

Lihat sahaja Mahathir tidak pertahan kan kakitangan kerajaan yang melayu apabila dibuang kerja dengan jumlah berbelas ribu oleh sahabat kerajaan nya DAP.

Itu kah pejuang melayu?

Tanah dan aset tabung haji dibiarkan nya digodam oleh orang kafir walaupun konon Mahathir pejuang melayu.

Pendek kata tiada yang melayu pada Mahathir ini selain teori retorik dan kata kata kosong.

Ketika ada kuasa tidak mahu bantu, sudah hilang kuasa baru hendak laung melayu?

Sebalik nya Najib Razak yang implement jana kekayaan melayu tanpa melaung kuat kuat tentang mahu bantu melayu.

Terus buat tanpa tandatangan sandiwara auta kosong tanpa Kongress melayu tanpa proklamasi melayu.

Itu lah pemimpin melayu sejati.

Proklamasi melayu akan sukses dan berkesan jika Najib Razak yang mengetuai dan memimpin.

Track record Najib Razak mewakili testimoni ini dan bukan laungan melayu melayu tapi lantik AG bukan melayu dan MoF bukan melayu sambil aset orang melayu tergadai bawah batang hidung Mahathir.

(Semua diatas berdasarkan fakta)

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button