Kes Rasuah projek KDN, pegawai Hamzah buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat hari ini oleh wakil Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa sengaja mengaitkan nama bekas menteri itu dengan pertuduhan rasuah.

Laporan polis itu dibuat Setiausaha Sulitnya, Ahmad Ikhwan Fadhli di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi tadi.

Ahmad Ikhwan berkata, nama Hamzah secara salah dan jahat dikaitkan dalam empat pertuduhan rasuah membabitkan projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang pernah diterajui Ahli Parlimen Larut itu.



Katanya, Hamzah yang Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) dan Ketua Pembangkang, sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan berhubung fakta dalam pertuduhan empat kes berkenaan.

“Beliau sebenarnya tidak tahu apa projek yang menjadi hal dalam pertuduhan itu, malah pertuduhan dalam keempat-empat kes hanya menyatakan secara rambang ‘apa-apa projek milik agensi di bawah KDN’,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button