Pemain Barca disambut ribuan penyokong di jalanan

Barcelona: Barisan pemain Barcelona dari pasukan lelaki dan wanita disambut ribuan penyokong di jalan bandar itu sebagai sambutan meraikan kejayaan mereka merangkul dua gelaran liga.

Pasukan Xavi Hernandez menewaskan Espanyol untuk memenangi gelaran liga yang ke-27 dan pertama sejak 2019 manakala pasukan wanita Barca memperoleh kemenangan Liga F keempat berturut-turut pada akhir April lalu.

Pemain menaiki dua bas terbuka dari Camp Nou ke monumen Arc de Triomf di bandar dengan jalan dipenuhi ribuan penyokong biarpun dalam keadaan cuaca mendung.



Pemain pertahanan Ronald Araujo disarungkan dengan bendera Uruguay, manakala penjaring terbanyak La Liga Robert Lewandowski, memakai cermin mata hitam dan selendang Barcelona, melambai kepada peminat.

Pemain dari kedua-dua belah pihak memakai kemeja-T yang menyatakan “liga adalah milik kita, masa depan juga.”

Jumlah penyokong di jalanan semakin bertambah apabila bas menuju ke dataran utama, Plaza Catalunya dan kemudian ke arah Arc.

“Anda boleh lihat peminat sangat teruja dengan kejayaan ini dan kami juga begitu,” kata penjaga gol Marc-Andre Ter Stegen.



“Adalah suatu kebanggaan untuk berkongsi perkara ini dengan mereka dan menjadikan mereka lebih dekat berbanding sebelum ini.”

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button