Kemana Mahathir akan tunggang PAS?

Oleh – Bakhtiar Omar


Kemana Mahathir akan tunggang PAS?

Timbul persoalan dengan persetujuan menandatangani Proklamasi Melayu oleh PAS, kemana Mahathir akan tunggang parti itu kelak?



Perjalanan Mahathir dalam politik sebenarnya sudah berada di penghujung jalan. Beliau kini hanyalah bekas ahli Parlimen yang tidak mempunyai undi untuk mengubah atau mempunyai pengaruh untuk merubah kerajaan.

Menilai rekod kerjasama politik Mahathir selepas keluar dari Umno, beliau tidak konsisten dalam prinsip politiknya.

Mahathir seperti semua maklum, pernah menjalinkan hubungan dengan DAP dalam Pakatan Harapan. Demi kuasa, beliau mengenepikan prinsip politik dan doktrin yang beliau sendiri tanamkan dalam pemikiran orang Melayu.

Menjadi Perdana Menteri kali kedua dengan sokongan DAP yang mempunyai jumlah majoriti kerusi di Dewan Rakyat, Mahathir berpendapat DAP sudah banyak berubah pada ketika itu.



Seperti lazim bicara ahli politik, bila bersama semuanya akan nampak baik-baik sahaja, begitu juga dengan Mahathir.

Kemana Mahathir akan tunggang PAS?

Ketika bersama DAP, PAS dikritik dengan teruknya oleh Mahathir, namun kini prinsip Mahathir sekali lagi berubah kerana sedar beliau sudah kehilangan pengaruh di kalangan orang Melayu.

Jika tidak, mana mungkin Mahathir kalah di Langkawi pada PRU15 dan hilang deposit buat pertama kali dalam sejarah penglibatannya dalam politik.



Saya berpendapat bahawa penggunaan Islam sebagai alat politik adalah satu perkara tidak baik yang akan memecahbelahkan orang Islam.

Itu sebabnya saya tidak bersetuju dengan Pas, walaupun mereka sokong saya tetapi saya tidak berpuas hati kerana sehingga sekarang ini mereka tidak gugurkan pendapat bahawa orang bukan Pas tidak Islam. Inilah kekecewaan saya dengan kepimpinan Pas. – Wawancara Sinar Bersama Mahathir – 12/3/2020

Perlu diingatkan, Mahathir kini umpama ‘orang kelemasan’ yang akan berpaut pada apa sahaja yang melintas. Kebetulan, PAS bersama 3 pemimpin tinggi BERSATU bersetuju dengan Proklamasi Melayu yang diasaskan Mahathir.

Tidakkah pelik mengapa PUTRA sebagai sebuah parti politik tidak mahu mengikut sama Proklamasi tersebut? Kemana pula PEJUANG? Gerakan Tanah Air?



Hanya PAS yang sanggup jadi ‘keldai’ untuk ditunggang Mahathir sedangkan PAS tahu dalam Perikatan Nasional mereka berkerjasma dengan GERAKAN.

Adakah ini cara halus PAS untuk mufarakah dari BERSATU dan Perikatan Nasional?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button