Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun



New York: Legenda rock Tina Turner, penyanyi yang menggegarkan penonton dari 1960-an dan terus mengeluarkan lagu hit sepanjang lima dekad, meninggal dunia pada usia 83 tahun, satu kenyataan diumumkan hari ini.

“Dengan rasa sedih yang besar kami mengumumkan pemergian Tina Turner,” menurut kenyataan di laman Instagram rasmi pemenang Grammy lapan kali itu.

Kenyataan sama berkata: “Dengan muziknya dan semangatnya yang tidak terhingga untuk hidup, dia memikat jutaan peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang masa depan.

“Hari ini kami mengucapkan selamat tinggal kepada rakan yang dikasihi yang meninggalkan kami semua karya terbaiknya, muziknya…



“Tina, kami akan merindui awak sayang.”

Laporan media berkata penyanyi itu meninggal dunia di Switzerland tempat dia tinggal beberapa tahun kebelakangan ini.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker