Demi Survivor, UMNO Dan Melayu Mesti Berubah

Demi Survivor, UMNO Dan Melayu Mesti Berubah

Demi Survivor, UMNO Dan Melayu Mesti Berubah

Kalau orang Melayu semua undi UMNO pada PRU 15 yang lalu, tidak perlu UMNO kerjasama dengan PH/DAP.

Orang Melayu sendiri membunuh parti mereka jaga selama puluhan tahun.



Tidak pernah tercatat dalam sejarah politik, orang Cina atau orang India cuba matikan DAP seperti mana orang Melayu bersungguh mahu matikan UMNO.

Bila UMNO bekerjasama dengan PH/DAP orang Melayu marah.

Tapi orang Melayu sendiri yang tidak undi UMNO.

Bila UMNO jemput DAP ke PWTC, orang Melayu marah.



Tetapi realitinya, orang Melayu sendiri yang membuka pintu gerbang PWTC kepada DAP.

Memang benar, hak rakyat untuk undi siapa sahaja.

Tetapi kenapa marah bila UMNO terpaksa kerjasama dengan PH/DAP?

Bukankah undi Melayu sendiri yang memaksa keadaan itu berlaku?



Siapa yang hasut orang Melayu & akar umbi UMNO untuk benci UMNO?

Bukan ahli DAP atau pemimpin DAP, tetapi ahli dan pemimpin UMNO yang bersifat talam 2 muka sendiri yang buat kerja keji itu.

Berkali-kali diingatkan kepada orang Melayu, berikan mandat supaya UMNO/BN boleh bentuk kerajaan secara sendirian.

Tapi apa yang berlaku?



Kalau UMNO/BN boleh bentuk kerajaan secara sendirian, apakah orang Melayu rasa UMNO/BN mahu berkerjasama dengan PH/DAP?

UMNO semakin lemah sebab orang Melayu mudah termakan hasutan, termakan fitnah.

Masa DS Najib jadi perdana menteri, orang Melayu tidak undi UMNO sebab hendak jatuhkan dia.

Seronok menjaja cincin DS Rosmah yang kononnya harga berbilion-bilion.



Ghairah bercerita tentang beg DS Rosmah yang kononnya berharga berbilion-bilion.

Percaya GST buat hidup menjadi susah.

Sangat yakin kalau DS Najib jatuh, maka Ringgit akan naik.

Bercakap bagaikan ahli ekonomi yang mengesahkan hutang negara sudah mencecah RM1 trilion dan negara akan bankrap kalau DS Najib terus berkuasa.



Bila DS Zahid jadi Presiden UMNO, perangai masih tidak berubah.

Masih tidak mahu undi UMNO sebab hendak jatuhkan dia.

Alasannya DS Zahid ada kes, walau pun masih dalam perbicaraan.

Pernah dengar tak orang Cina atau ahli DAP paksa Lim Guan Eng letak jawatan masa kes banglo dahulu?

Muhyiddin, Wan Saiful, Hadi Awang, semuanya kini kluster mahkamah.

Ada dengar tak ahli PPBM atau PAS desak dia orang letak jawatan kononnya atas alasan tanggungjawab moral?

Paling tidak boleh dihadam bila UMNO dituduh menggadaikan prinsip kerana berkerjasama dengan PH/DAP.

Kalau benar UMNO gadai prinsip, dari dahulu lagi UMNO sudah gadai prinsip.

Masa Lina Joy mohon untuk murtad, UMNO boleh gadai prinsip.

Tapi UMNO tidak buat.

Masa timbul gesaan Kerajaan BN buka quota Non Bumi belajar kat UITM, UMNO boleh gadai prinsip.

Tapi UMNO tidak buat!

Berubahlah, atau UMNO dan orang Melayu akan terus melemah.

 

Demi Survivor, UMNO Dan Melayu Mesti Berubah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button