PAS pikul biawak hidup bila Muhyiddin jadi Kluster Mahkamah

 

Pilihan Raya Enam Negeri yang akan datang dalam waktu terdekat ini Nampak nya akan mendatangkan  beban berkempen untuk Perikatan Nasional.

Ini kerana PN sudah tidak boleh lagi bermain dengan isu ‘integriti’ atau ‘kleptokrasi’ kerana Muhyiddin Yassin sendiri sudah bergelar “kluster mahkamah”.



Menurut maklumat yang pihak portal kami terima, pemimpin Parti PAS juga bakal dikenakan kes rasuah berkaitan insiden merasuah pengundi pada PRU15 lalu.

Kesemua hal berkaitan siasatan sudah pun hampir lengkap dan menunggu masa sahaja untuk didakwa.

Maka , dengan kedudukan terkini dimana Muhyiddin Yassin dihadapkan ke mahkamah, maka modal kempen PN bakal terhad kepda isu tertentu sahaja.

Sehingga kini pihak pihak yang sentiasa bermain dengan isu moral terhadap Barisan Nasional terutama nya terhadap Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi , dilihat masih belum bersuara lagi untuk menyuruh Muhyiddin  Yassin berundur.



Akibat begitu terlanjur bermain isu moral dan kleptokrasi , maka apabila kes ‘bomerang’ Kembali kepada PN , ia sudah menjadi masalah untuk mnjawab.

Sambil sukar untuk menepis ia juga boleh terlihat sebagai hipokrasi kerana tidak jujur untuk menyuruh Muhyhiddin berundur kerana perkara sama pernah dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan juga Ahmad Zahid Hamidi.

Namun , apa yang sah ada lah sekutu kepada Perikatan Nasional ia itu Parti PAS akan dilihat sebagai memikul biawak hidup.



Ini kerana Parti Bersatu hanya memberi separuh sahaja kerusi dari jumlah Parti PAS beri kepada PN, tetapi menjadi kepala kepada PN.

Sesudah itu , kini Presiden Bersatu pula ada kes rasuah dan ubah wang haram, maka PAS dilihat sedang memikul biawak hidup.

Bagaimana PAS hendak bersilat dengan fatwa dan hadis apabila menyokong Kluster Mahkamah?

Mungkin PAS boleh menggunakan alasan masih menyokong kerana “belum dijatuhi hukuman lagi”.



Apa pun berapa lama PAS boleh memikul biawak hidup dengan PAS sendiri akan hadapi perkara sama .

Nampak nya , PN sudah boleh dikira sebagai gabungan bermasalah.

Enam PRN boleh dikira sebagai medan tempur yang menyukarkan bagimkedua Parti Bersatu dan PAS.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading