Lelaki tular turap jalan guna wang sendiri

Lelaki tular turap jalan guna wang sendiri

Lelaki tular turap jalan guna wang sendiri
BAMBANG (kanan) bersama rakannya membaiki lubang di kawasan Jalan Parit Indah di Pekanbaru, Riau minggu lalu.-AGENSI

PEKANBARU: Seorang ahli perniagaan dari bandaraya Pekanbaru di Riau mendapat perhatian ramai warganet selepas rakaman aksinya turun padang menurap jalan rosak di bandar itu menggunkan tenaga dan wangnya sendiri tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Kompas.com, lelaki berkenaan dikenali sebagai Bambang tular selepas dia bersama beberapa rakannya membantu membaiki kawasan Jalan Parit Indah di Pekanbaru yang berlubang dan berlopak.

Lelaki berusia 32 tahun itu dilaporkan datang bersama sebuah lori pembancuh simen untuk menutup lubang-lubang di kawasan jalan tersebut yang sudah lama rosak namun masih belum dibaiki pihak kerajaan.



“Selamat petang bosku, hari ini aktiviti membaiki jalan menggunakan wang peribadi untuk kepentingan rakyat. Bukan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi,” kata Bambang dalam video tular itu.

Namun, beberapa hari selepas aksinya tular, Bambang memaklumkan kedainya di Jalan Parit Indah dilempar tukul oleh individu tidak dikenali.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Adakah Nazlan dipilih secara manual dan khusus untuk menghakimi kes SRC ?



Kejadian berlaku Ahad petang. Kedai dilempar dengan tukul, cermin kereta saya juga pecah.

“Jika menggunakan batu tidak menjadi hal, tetapi jika menggunakan tukul, mungkin ada rancangan di sebaliknya. Tukul itu ditinggalkan di tempat kejadian,” jelasnya lagi.

Bambang berkata, sebelum namanya tular, dia tidak pernah mengalami kejadian seperti itu dan sudah membuat laporan di Balai Polis Bukit Raya berhubung insiden tersebut.



“Setakat ini belum pernah berlaku kejadian seperti itu. Kalau persaingan perniagaan, kenapa dilempar di kereta, tak ada gunanya juga. Mungkin sekadar ugutan kerana tidak berpuas hati dengan saya,” katanya.

Lagi stesen minyak disiasat

Lelaki tular turap jalan guna wang sendiri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Anak Hamzah Zainuddin Di Dakwa Di Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button