Benarkah Kerajaan China Sudah Menahan Jho Low?

Benarkah Kerajaan China Sudah Menahan Jho Low?

Benarkah Kerajaan China Sudah Menahan Jho Low?

Kerajaan China dikatakan sudah dapat menahan penjenayah yang paling dikehendaki di dunia dalam skandal 1MDB, Jho Low.

Perkara itu didedahkan oleh penulis buku Billion Dollar Whale, Bradely Hope.



“Jho Low banyak berada di Macau dari 2015-2018, serta di Hong Kong, Shenzhen dan Thailand”.

“Tetapi selepas kekalahan (bekas perdana menteri) DS Najib pada PRU b14, pergerakannya lebih terhad di tanah besar (China)”.

“Kami di @WhaleHunting percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai,”ciap Hope di Twitter.

Baca di sini:



https://twitter.com/bradleyhope/status/1663575588999774209

Beliau juga mendakwa Kerajaan China telah menahan Jho Low susulan rundingan dengan Malaysia.

“Ini juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintip (Sun Lijun) telah ditangkap dan rakan niaga di CCCC digulingkan”.

“Dia berubah daripada aset risikan menjadi liabiliti selepas DS Najib tewas,” kata Hope.



Hope membuat ciapan demikian sebagai respon kepada dakwaan SPRM percaya bahawa Jho Low sedang bersembunyi di Macau.

Sekiranya apa yang didakwa oleh Hape adalah benar, penulis merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dalam usaha membawa balik Jho Low.

Bagaimana pihak SPRM tidak boleh mengesan dengan tepat lokasi terkini Jho Low.

Apakah masih ada lagi unsur sabotaj untuk membawa balik Jho Low ke Malaysia?



Atau ada tangan ghaib yang menghalang Jho Low dari di bawa balik ke Malaysia?

Kerajaan mesti mengambil serius keadaan ini kerana janji untuk membawa pulang Jho Low sudah diberikan bertahun lamanya.

Namun, penyangak tersebut masih lagi bebas manakala DS Najib terkurung di dalam penjara akibat dari kegiatan jenayah Jho Low.

 



Benarkah Kerajaan China Sudah Menahan Jho Low?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button