Logo LGBTQ Punca Jam Tangan Swatch Di Rampas

Logo LGBTQ Punca Jam Tangan Swatch Di Rampas

Logo LGBTQ Punca Jam Tangan Swatch Di Rampas

Pada 13hb dan 14 hb Mei yang lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat serbuan ke atas 11 premis Swatch di sekitar Kuala Lumpur.

Antara premis Swatch yang diserbu terletak di Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah.

Dalam serbuan tersebut, KDN telah merampas jam tangan Swatch Pride Collection.



Serbuan yang sama juga telah dilakukan dipremis Swatch di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching.

Namun tiada rampasan dilakukan oleh pihak KDN dan premis Swatch tersebut hanya diberikan amaran.

Sebaik sahaja berita tersebut tular, ianya mendapat respon yang berbeza dari pelbagai pihak.

Ada yang mempersoalkan apakah justifikasi yang digunakan oleh KDN untuk merampas jam tangan Swatch tersebut.



Ada pula yang menyindir pihak KDN dengan mengatakan, sejak bila di Malaysia tidak boleh ada warna pelangi?

Sekiranya warna pelangi diklasifikasikan sebagai melanggar undang-undang, bagaimana pula dengan pelangi yang terbentuk selepas hujan.

Dan bagaimana pula dengan warna pelangi pada aiskrim Paddle Pop?

Akhirnya pihak KDN memberikan jawapan yang tuntas mengenai rampasan jam tangan Swatch tersebut.



Ianya dirampas bukanlah kerana warna pelangi yang digunakan pada jam tangan Swatch versi Pride Collection.

Tetapi ianya dirampas kerana tertera dengan jelas tulisan LGBTQ pada jam tangan tersebut.

LGBTQ adalah merujuk kepada golongan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender and Queer.

Tulisan LGBTQ yang jelas pada jam tangan tersebut boleh ditakrifkan sebagai mempromosikan LGBTQ di Malaysia.



Di Malaysia aktiviti seks luar tabie adalah bertentangan dengan undang-undang dan boleh didakwa di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Kita sepatutnya memuji tindakan pantas dan tegas kerajaan dalam mengekang sebarang aktiviti songsang berkenaan.

 

Logo LGBTQ Punca Jam Tangan Swatch Di Rampas

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button