PAS Di Gunakan Untuk Selamatkan Kluster Mahkamah 2.0

PAS Di Gunakan Untuk Selamatkan Kluster Mahkamah 2.0

Secara tiba-tiba, presiden PAS, Hadi Awang, membuat kenyataan bahawa kononnya ada pihak bertemu beliau untuk menjemput PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan beliau disanggah oleh Timb Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi.

DS Zahid mengingatkan PAS supaya jangan perasan kerana tidak ada sesiapa yang menjemput PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.



DS Zahid malah menasihatkan PAS supaya terus kekal bersama Perikatan Nasional bersama sekutu mereka, PPBM.

Apakah sekali lagi Hadi Awang mengeluarkan kenyataan di luar kotak yang sebenarnya berssifat seperti orang tak ada otak?

Benar, Anwar Ibrahim pernah menyatakan agar silatur rahim antara PKR dan PAS dapat dijalinkan semula.

Tetapi itu hanya antara PKR dan PAS sahaja dan tidak mewakili Pakatan Harapan.



Tidak mungkin PKR sanggup membelakangkan sekutu mereka di dalam Pakatan Harapan, DAP dan juga PAN.

PAS sememangnya parti yang telah dilabelkan sebagai parti ekstrimis sudah tentu tidak boleh diterima oleh penyokong DAP.

Manakala musuh tradisi PAS di dalam Pakatan Harapan, PAN, sudah pasti akan membantah.

Dan pendirian UMNO pula sangat jelas melalui respon yang diberikan oleh Presiden UMNO berkaitan dakwaan Hadi tersebut.

Kita semua sedia maklum, PAS memperolehi banyak kerusi parlimen dalam PRU 15 bukan kerana sokongan sebenar pengundi Melayu.

Untuk rekod, dalam PRU 14, PAS hanya memenangi 18 kerusi parlimen dan dalam 2 pilihanraya negeri, PAS gagal memenangi sebarang kerusi.

Pasti ada faktor lain yang membolehkan PAS secara tiba-tiba dilihat mendapat undi dari pengundi Melayu.

Biar mahkamah yang memberikan jawapannya nanti.

Tidak mustahil Hadi akan kehilangan kerusi parlimen Marang sedikit masa lagi.

Sekiranya ini berlaku, imej PAS pasti akan tercalar teruk.

Akan Ada Syarat Dari PAS Sebelum Kerajaan Terima

Dari maklumat yang penulis terima, PAS sebenarnya sekali lagi sedang digunakan oleh PPBM untuk menyelamatkan Kluster Mahkamah 2.0.

Sekiranya Anwar bersetuju, maka ada beberapa syarat yang akan diberikan oleh PAS.

Antaranya, Pakatan Harapan mesti menerima PAS bersama-sama dengan PPBM menyertai Kerajaan Perpaduan.

Dan yang paling penting, kes mahkamah terhadap Kluster Mahkamah 2.0 hendaklah dipertimbangkan semula oleh kerajaan.

Secara moralnya, bagi penulis, sikap PAS hanya membuktikan apa yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh adalah benar.

PAS adalah ‘pelacur politik’, kedengaran sangat kasar tetapi kebenarannya sangat nyata.

 

PAS Di Gunakan Untuk Selamatkan Kluster Mahkamah 2.0

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker