Masa Hadapan Malaysia Bergantung Kepada Keputusan 6 PRN
Masa Hadapan Malaysia Bergantung Kepada Keputusan 6 PRN
Mungkin kedengaran agak janggal, tetapi itulah realitinya.
Masa hadapan negara kita bergantung kepada keputusan pilihanraya di 6 buah negeri yang bakal menjelang.
Keputusan pilihanraya di 6 buah negeri sangat penting kerana ianya bukan soal masa hadapan Kerajaan Perpaduan, tetapi ianya adalah soal survivor Malaysia sendiri.
Biar penulis jelaskan mengapa.
Sejak berakhirnya PRU 14 pada tahun 2018, negara kita mengalami ketidakstabilan politik yang tidak pernah dialami dalam sejarah negara.
Keadaan politik yang tidak stabil ini memberikan kesan yang sangat buruk kepada ekonomi negara dan seterusnya kepada kehidupan rakyat.
Di era pemerintahan Dr Mahathir selama 22 bulan, hubungan luar negara dengan beberapa kuasa besar ekonomi dunia menjadi sangat tegang.
Akibat dari sikap Dr Mahathir yang sentiasa merasakan dirinya benar, beliau telah mewujudkan persengketaan dengan negara China dan India.
Akibatnya China dan India menyekat ekspot barangan Malaysia ke negara tersebut.
Ini membuatkan hasil negara terutamanya komoditi seperti kelapa sawit tidak dapat dijual kerana China dan India adalah pengimpot utama.
Keadaan ini menyebabkan permintaan Ringgit di pasaran antarabangsa merudum dan akibatnya nilai matawang Ringgit jatuh merudum.
Pendapatan negara yang terkesan cuba ditutup dengan penjualan aset negara yang bernilai tinggi dan ini menyebabkan nilai Ringgit semakin lemah.
Aset negara dijual dalam matawang USD dan ini menyebabkan lambakan Ringgit di pasaran matawang antarabangsa.
Selepas 22 bulan era Dr Mahathir, maka bermula era Muhyiddin Yasin.
Muhyiddin Yasin meneruskan dasar penjualan aset negara, malah kantung negara juga ‘dirompak’ dengan sewenang-wenangnya.
Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Kehidupan Rakyat
Pandemik Covid-19 yang menjadi mimpi ngeri bagi seluruh dunia dianggap sebagai satu rahmat bagi Muhyiddin.
Dengan menggunakan nalasan pandemik Covid-19, Muhyiddin mengisytiharkan darurat.
Ini menyebabkan sektor ekonomi lumpuh sepenuhnya dan untuk menampung kelompangan pendapatan dari hasil cukai, Muhyiddin ‘merompak’ kantung negara.
Tidak pernah berlaku rakyat terpaksa menaikkan bendera putih hanya kerana sesuap nasi.
Lebih menyedihkan, ribuan rakyat membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan bebanan kos sara hidup.
Peluang perkerjaan tertutup sepenuhnya, manakala komitmen harian dan bulanan dalam kehidupan tetap wajib disediakan.
Tidak cukup dengan menjual aset dan ‘merompak’ kantung negara, Dr Mahathir dan Muhyiddin dengan wewenang nambah hutang negara.
Hutang luar negara yang sebelum PRU 14 hanya berjumlah RM686.8 bilion telah melonjak hingga ke RM1.2 trilion dalam masa hanya 40 bulan.
Di era pemerintahan kedua-dua mereka, tidak ada seorang pun pelabur asing yang berani datang melabur.
Malah pelabur yang ada di dalam negara mengambil keputusan membawa keluar pelaburan mereka,
Mengapa?
Kerana pelabur asing hilang keyakinan bukan sahaja kerana keadaan politik yang tidak stabil, tetapi juga kelemahan mereka mentadbir urus negara dengan baik.
Keadaan ini menyebabkan puluhan ribu rakyat kehilangan perkerjaan, manakala anak muda terpaksa menganggur.
Harga Diri Kita Tidak Ternilai Harganya
Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang cuba sedaya upaya untuk membetulkan keadaan.
Pelabur asing sudah mula dapat diyakinkan semula untuk membawa pelaburan ke Malaysia.
Tetapi mereka masih lagi mengambil sikap tunggu dan lihat kepada keputusan pilhanraya di 6 negeri.
Sekiranya majoriti keputusan tersebut memihak kepada Kerajaan Perpaduan, maka ianya pasti akan memudahkan urusan penyelarasan pentadbiran.
Tetapi sekiranya perkara yang sebalik berlaku, maka akan timbul pelbagai karenah birokrasi di peringkat negeri.
Lebih merisaukan mereka, sekiranya Perikatan Nasional menguasai piliharaya di 6 negeri, maka kuasa pentadbiran akan dikembalikan kepada pemimpin yang telah menghancurkan ekonomi Malaysia.
Jangan lupa, ramai pemimpin utama Perikatan Nasional kini sedang berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah.
Sudah pasti ini akan menakutkan pelabur asing.
Dan kesannya akan dirasai oleh rakyat, hasil pendapatan negeri akan terjejas, peluang perkerjaan juga pasti akan terjejas.
Dan rakyat mesti ingat, sekiranya mereka memilih Perikatan Nasional, ini bermakna mereka akan menyerahkan nasib mereka kepada pemimpin yang tidak kompeten selama 5 tahun lagi.
Jadi, buatlah pilihan yang bijak, jangan digadaikan masa hadapan negara hanya kerana beberapa ratus ringgit yang ditawarkan.
Masa hadapan kita dan maruah diri kita tidak ternilai harganya.
Masa Hadapan Malaysia Bergantung Kepada Keputusan 6 PRN
Di Syorkan Untuk Anda:
- Halusinasi Hadi Menjadi Perdana Menteri
- Bolehkah Ahli UMNO Di Pujuk Untuk Mengundi DAP?
- Logo LGBTQ Punca Jam Tangan Swatch Di Rampas