Pertuduhan Ke Atas Pegawai SPRM Dan ‘Datuk Roy” Membuktikan Betapa Rosaknya Perikatan Nasional

Pertuduhan Ke Atas Pegawai SPRM Dan 'Datuk Roy" Membuktikan Betapa Rosaknya Perikatan Nasional

Pertuduhan Ke Atas Pegawai SPRM Dan ‘Datuk Roy” Membuktikan Betapa Rosaknya Perikatan Nasional

6 hari lepas seorang pegawai SPRM, Mohd Hussein Mohd Nasir dan Mohd Rasyidi Mohd Said (Datuk Roy), diheret ke mahkamah.

Mereka menghadapi pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM640,000 supaya anak Muhyiddin Yasin, Fakhri Yassin Mahiaddin, tidak dikenakan tahanan reman.

Pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.



Penulis tidak mahu mengulas mengenai kes kedua-dua mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Biarlah mahkamah yang menentukan sama ada mereka bersalah atau pun tidak.

Tetapi apa yang ingin penulis ulas di sini ialah moral parti Perikatan Nasional dan keruntuhan akhlak pemimpin Perikatan Nasional.

Fakhri pernah dikaitkan dengan siasatan rasuah ke atas syarikat Thriven Global Bhd (milik beliau).



Selain itu beliau juga disiasat oleh SPRM sebagai lembaga pengarah Yayasan Charity Golf Muhyiddin bersama Adam Ramlan Adam Muhammad.

Baca di sini:

https://sabahkini2.com/en/news/5412/sprm-siasat-fakri-yassin-mahiaddin-buru-datuk-roy-rasuah-rm400-ribu/view

Jadi untuk mengelakkan supaya beliau ditahan reman oleh SPRM maka di sinilah dikatakan berlakunya jenayah rasuah antara ‘Datuk Roy’ dan pegawai SPRM tersebut.



Bagi penulis, perbuatan merasuah pihak berkuasa untuk menghalang siasatan adalah satu jenayah yang serius.

Ia hanya dilakukan oleh manusia yang sudah rosak akhlaknya dan tidak menghormati undang-undang negara.

Menutup satu jenayah keji dengan melakukan satu lagi jenayah keji yang sama!!!

Apakah pemimpin Perikatan Nasional fikir, undang-undang negara boleh di beli dengan duit.



Atau mereka merasakan dengan kekayaan yang ada pada mereka, maka mereka bebas melakukan apa sahaja di negara ini.

Seolah-olah negara ini milik mak bapak mereka semua!!!

Jutaan rakyat masih lagi bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, sedangkan mereka dengan senang hati membuang ratusan ribu ringgit untuk membeli undang-undang.

Dari manakah mereka mendapat kekayaan yang luarbiasa itu?



Adakah kekayaan luarbiasa milik mereka itu datangnya dari sumber yang sah di sisi undang-undang negara dan halal dari sudut syarak?

 

Pertuduhan Ke Atas Pegawai SPRM Dan ‘Datuk Roy” Membuktikan Betapa Rosaknya Perikatan Nasional

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button