Proklamasi Melayu akan gagal bukan kerana Melayu, tetapi kerana Mahathir.

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia chairman Tun Dr Mahathir Mohamad with Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) president Tan Sri Muhyiddin Yassin and Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) deputy president Datuk Seri Mukhriz Mahathir during the Press conference at Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hq in Petaling Jaya on Tuesday, May 28, 2019.

Oleh Adam Malik

Proklamasi Mahathir tidak berniat untuk dilaksanakan , sekadar muslihat kumpul penyokong sahaja.

Apakah benar Tun Mahathir mahu membantu orang Melayu?



Dendam kesumat terhadap melayu amat menebal dalam diri Tun Mahathir.

Melayu diperlekehkan setiap ada peluang dan ruang,

Melayu yang berguna untuk Mahathir hanya lah yang dekat dengan nya dan yang ada manfaat bagi kepentingan peribadi sahaja.

Jika menyebut berkenaan rasuah Mahathir sekadar sebut melayu yang menerima sahaja dan malu untuk menyebut kaum yang memberi rausah yang bukan melayu.



Mahathir diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, dan kali kedua itu pun sekadar sempat  menjual aset negara dan menambah hutang baru negara.

Kali pertama 22 tahun pun ekuiti bumiputera tidak meningkat tetapi ekuiti kroni yang meningkat.

Tiada pun blue print untuk membela melayu pun.

Sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri  kali kedua antara perkara paling awal Mahathir lakukan ada lah menghantar orang memakai capal untuk menukar terma projek mega ECRL ke negara China.



Sebab itu lah yang dalam kepala otak ,Mahathir dan Daim.

Kemudian secara tergsea gesa dan bertindak sendirian Mahathir menandatangani untuk melepaskan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Tiada langsung hal melayu melayu dalam pemikiran Mahathir.

Bahkan hampir 16,000 orang melayu Mahathir biarkan ditamatkan kontrek dan dibuang kerja.



Ini di ikuti dengan mencipta berpuluh kes untuk pemimpin Melayu UMNO, semata mata untuk ‘justify’ kan fitnah UMNO itu pencuri dan perasuah.

Namun sebaik sahaja bekas Gabenor Bank Negara yang dikenali sebagai sekutu Mahathir didapati miliki wang ratusan juta dalam akaun di Singapura , Mahathir terus senyap dan beku .

Terus Mahathir tidak berani lagi sebut tentang rasuah dan kleptrokasi.

Maka, apabila Mahathir mahu laung lagu melayu dengan Proklamasi , tiada siapa pun ambil peduli.



“Track record” Mahathir sendiri yang mengagalkan rencana melayu ini.

Mahathir alami defisit kepercayaan dari orang melayu. Hatta hilang deposit.

Sukar orang melayu mendapat apa apa pun dari pemimpin kedekut seperti Mahathir.

Bukan sekadar kedekut, apabila ada pemimpin pemurah dari kalangan orang Melayu seperti Datuk Seri Najib Razak, Mahathir pula yang menjatuhkan nya.



Maka, sampah Mahathir ia itu Proklamasi bukan akan gagal kerana melayu, tetapi gagal kerana Mahathir.

Apabila gagal Mahathir sudah pun siap dengan jawaban dan alasan nya.

Sementara ini Mahathir sekadar mahu mengumpul penyokong untuk menjadi benteng pertahanan nya demi berhadap dengan musuh pelbagai penjuru.

Ketika melayu sudah berkumpul dibawah umno, Mahathir juga orang nya mmecahbelahkan.

Ketika melayu sudah berkumpul dibawah Muafakat Nasional dan menang 7 prk berturut turut Mahathir juga yang jadi pemusnah nya menggunakan Bersatu dan Muhyiddin untuk memecah belahkan melayu.

Maka, usah percaya sangat Proklamasi rekaan untuk membela Mahathir , dan bukan membela Melayu.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading