Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen

Muncul sedondon di mahkamah,  - “Berjanji pakai baju sama ke?”

Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen

KEMUNCULAN pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Syariah Shah Alam pada petang Isnin menarik perhatian apabila pasangan itu tampil sedondon.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dilihat tampil memakai sut rona muda yang mana Shuhada turut mengenakan jubah dan tudung dengan warna sama.

Shuhada tampil ceria ditemani peguamnya, Nurfarhana Abd Manaf manakala Hafidz dilihat ditemani ahli keluarga bagi sebutan kes tuntutan hadanah dua anak mereka iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2 tahun.



Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen
Antara komen yang diberikan netizen.

 

Netizen turut menegur persamaan rona baju dipilih pasangan suami isteri itu malah ada pula berpendapat Shuhada mengambil semangat pelakon Puteri Sarah Liyana yang bergaya ketika hadir ke kes mahkamahnya.

“Memang janji pakai baju sama ke?”Sedondon warna baju… Semoga yang baik-baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?




“Wah, feeling dia macam Puteri Sarah,” tulis netizen.’

Sementara itu, Shuhada ketika ditanya pemberita apakah harapannya untuk sebutan kes kali ini, wanita itu hanya menjawab ringkas sambil tersenyum memberitahu dia hanya mahukan anak-anak.

“Insya Allah, saya nak anak-anak,” katanya.



Pun begitu, apabila ditanya soal baju rona sedondon yang dipakai dengan Hafidz, Shuhada hanya memberi reaksi terkejut dan sambil tertawa.

 

Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen
Shuhada hanya mahukan anak-anaknya.

Pada Mei lalu, Hafidz memfailkan dua tuntutan hadanah (hak penjagaan) iaitu penuh dan interim (sementara) terhadap Humairah dan Umar.

Menurut peguam syarie yang mewakili Hafidz, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata hadanah interim difailkan agar anak guamnya itu diberi hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anakmnya.



Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Hafidz Roshdi dan isteri diusik netizen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading