Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat merah

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat merah

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat merah
Kemalangan maut di persimpangan Jalan Nibong 17-Jalan Daya, Taman Daya, Johor Bahru, lewat malam tadi. – Foto ihsan bomba

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu kereta disyaki melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Jalan Nibong 17-Jalan Daya, Taman Daya, di sini, sehingga mengakibatkan kemalangan maut, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata nahas itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga dengan motosikal jenis Yamaha 135 LC.

Beliau berkata, perlanggaran itu menyebabkan seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang menunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



“Pemandu kereta terbabit pula sedang dikesan kerana dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Raub berkata, hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika mangsa menunggang motosikal sendirian dari arah Taman Daya menghala ke Setia Indah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Belum berkuasa pun PAS sudah makan kawan, Tuan Ibrahim elok cermin diri sendiri




“Setiba di lokasi, sebuah Proton Saga dipercayai melanggar lampu isyarat merah dan merempuh motosikal terbabit.

“Mangsa kemudian disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail (HSI),” katanya.

Sehubungan itu, Raub berkata, pihak polis memohon pemandu kereta terbabit dan orang awam yang melihat kejadian, untuk tampil memberikan maklumat di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bharu Selatan, atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulpaka Bambo melalui talian 014-8861791.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Shamsul Khomari Bakar, berkata penunggang motosikal itu dikenali sebagai Iskandar Amirul Aiman Zulkafli, 23.

Beliau berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan jalan raya itu pada jam 11.56 malam tadi.

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta langgar lampu isyarat merah

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button