Luqman tak sertai skuad Piala AFF B-23

Luqman tak sertai skuad Piala AFF B-23

Luqman tak sertai skuad Piala AFF B-23
Penyerang muda skuad negara, Luqman Hakim Shamsudin. Foto: FAM

Kuala Lumpur: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berkemungkinan besar tidak akan menyertai skuad bawah 22 (B-22) tahun negara bagi kejohanan Piala AFF B-23 2023, Ogos ini.

Pengurus pasukan B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan pemain berusia 21 tahun itu tidak mendapat pelepasan kelab Njardvik kerana saingan Piala AFF berada di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Beliau berkata, Luqman bagaimanapun akan menyertai pasukan negara pada kempen kelayakan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung pada September ini.



“Kemungkinan besar Luqman tidak dapat bersama pasukan bagi saingan Piala AFF B-23, namun ia bukan masalah kerana kita mempunyai ramai pemain lain.

“Saingan Piala AFF cukup penting dalam usaha kita membentuk skuad mantap untuk mengharungi kelayakan Piala Asia B-23 pula selepas itu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



Pasukan negara diundi dalam Kumpulan B saingan Piala AFF B-23 dan akan mengharungi aksi pertama berdepan Indonesia pada 18 Ogos sebelum menentang Timor-Leste (22 Ogos) dengan kejohanan berlangsung di Chonburi, Thailand.

Kelayakan Piala Asia B-23 pula akan berlangsung di Bangkok dengan skuad kendalian E Elavarasan diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah Thailand, Filipina dan Bangladesh.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading