Sarawak rancang bina gelanggang setaraf Velodrom Nasional
Sarawak rancang bina gelanggang setaraf Velodrom Nasional
PUTRAJAYA: Pembinaan velodrom berbasikal trek yang akan dibina di Sarawak dijangka setaraf atau lebih baik berbanding Velodrom Nasional di Nilai.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pembinaan velodrom berkenaan dijangka dimulakan pada awal tahun depan.
“Ia kemungkinan besar akan dibina dalam Kompleks Sukan Negeri Sarawak (di Kuching).Dan juga Ia adalah kompleks sukan terbesar di negara ini yang mana terdapat dua stadium, pusat akuatik, padang menembak dan kami juga sedang membina padang ragbi dan kriket.
“Ia adalah velodrom tertutup, sama ada permukaan trek adalah kayu atau sebaliknya, kami masih belum memutuskannya lagi. Kami akan mendapatkan nasihat pakar mengenainya.
“Seboleh-bolehnya kami mahu membina kemudahan serbaguna bertaraf antarabangsa. Standardnya akan sama dengan Velodrom Nasional di Nilai atau mungkin lebih baik daripada itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia…
- Laungan “Bebaskan Bossku” dalam PAU bukti ahli UMNO mahu Najib dibebaskan secepat mungkin
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?
“Pembinaan akan dimulakan tahun depan, jadi tidak mungkin ia akan siap tepat pada masanya untuk SUKMA (Sukan Malaysia) Sarawak,” katanya yang enggan mendedahkan anggaran kos untuk membina velodrom itu walaupun yakin ia bukanlah menjadi masalah besar kepada kerajaan negeri.
Beliau ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Mesyuarat Pelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di sini, hari ini.
Acara berbasikal trek untuk SUKMA tahun depan akan diadakan di Velodrom Nasional di Nilai.
Velodrom Nasional yang siap pada 2017 dibina dengan kos kira-kira RM80 juta dan mempunyai trek kayu sepanjang 250 meter.
Ia adalah velodrom yang mampu menganjurkan pertandingan antarabangsa.
Sarawak rancang bina gelanggang setaraf Velodrom Nasional
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?