Kumpulan militia bunuh 40 orang awam

Kumpulan militia bunuh 40 orang awam

Kumpulan militia bunuh 40 orang awam
Lebih 40 orang awam terbunuh dalam satu serangan militia di kem wilayah Ituri, timur Republik Demokratik Congo. – Foto EPA

CONGO: Lebih 40 orang awam terbunuh dalam satu serangan militia di kem menempatkan individu yang kehilangan tempat tinggal di wilayah Ituri, timur Republik Demokratik Congo.

Pegawai tempatan yang juga ketua masyarakat sivil itu berkata, Koperasi untuk Pembangunan Congo (CODECO) ialah satu daripada kumpulan militia yang bertanggungjawab atas pembunuhan di kem dikenali sebagai ‘LALA’.

CODECO mendakwa tindakan itu diambil untuk mempertahankan kepentingan petani Lendu, yang telah lama berkonflik dengan gembala Hema.



Pejuangnya telah membunuh ratusan orang awam di Ituri dan memaksa ribuan orang meninggalkan rumah mereka, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketua daerah Bahema Badjerr, Jean Richard Lenga berkata, anggota militia membunuh 46 individu dengan menggunakan pisau dan senjata api serta membakar mangsa lain di rumah mereka di tengah-tengah kem.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



“Seluruh kampung sedang berkabung sekarang, ia terlalu menyedihkan,” katanya sambil menambah pihak berkuasa masih mencari mayat.

Lenga berkata, penduduk tempatan telah bersurai kerana kebanyakannya telah melarikan diri ke bandar berhampiran Bule, untuk mencari perlindungan.

Kira-kira 70,000 orang yang kehilangan tempat tinggal tiba di Bule antara 15 April dan 15 Mei disebabkan keganasan bersenjata di kawasan sekitar, kata pejabat kemanusiaan PBB (OCHA) dalam laporan terbarunya.

Secara keseluruhan, wilayah Ituri menempatkan kira-kira 1.7 juta orang yang kehilangan tempat tinggal, katanya.



Ketua kumpulan hak asasi sivil, Charite Banza, berkata mayat mangsa yang meninggal dunia itu akan dikebumikan dalam satu kubur.

“Kami tidak mempunyai keselamatan di sini, kami menyatakannya setiap hari,” kata Banza, sambil menyatakan bahawa serangan itu berlaku beberapa hari selepas dialog antara kumpulan bersenjata di Ituri.

CODECO kerap menyasarkan kem perpindahan. Ia membunuh kira-kira 60 orang di kem lain berhampiran Bule tahun lalu, dalam satu pembunuhan beramai-ramai.

Maki Lombe, seorang penduduk di wilayah Bahema-Nord, berkata dia telah melihat lebih 40 mayat terbaring di atas tanah. Dia terselamat dengan melarikan diri pada waktu malam. -REUTERS



Kumpulan militia bunuh 40 orang awam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading