Taktik seludup dadah kokain sebagai kacang soya terbongkar

Taktik seludup dadah kokain sebagai kacang soya terbongkar

Taktik seludup dadah kokain sebagai kacang soya terbongkar
ZAZULI Johan (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan mengandungi dadah jenis kokain yang diikrarkan sebagai kacang soya dalam serbuan sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor pada 6 Jun lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN: Kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menyembunyikan dadah jenis kokain seberat 302.2 kilogram bernilai RM60.44 juta dalam bungkusan kacang soya berjaya dilumpuhkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), awal bulan ini.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zazuli Johan berkata, rampasan kokain itu merupakan yang terbesar bagi tahun ini hasil kerjasama keselamatan dari kerajaan Arab Saudi.

“Kami menerima maklumat risikan daripada Direktorat Jeneral Kawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengenai sebuah kontena bersaiz 20 kaki (6.1 meter) yang tiba di Pelabuhan Klang, Selangor pada pukul 9.45 malam, 6 Jun lalu.



“Semasa proses pembongkaran, pasukan Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menjumpai 10 beg guni mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis kokain seberat 302.2 kilogram bernilai RM60.44 juta,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zazuli berkata, modus operandi sindiket itu bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan cara mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai kacang soya sedangkan didalamnya disorokkan guni-guni mengandungi serbuk putih disyaki dadah berbahaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?




“Hasil siasatan mendapati kontena tersebut berasal dari sebuah negara Amerika Selatan sebelum transit ke sebuah negara jiran di Asia Tenggara namun telah ditahan sebaik tiba di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Kontena itu dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara Asia Selatan. Setakat ini siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Jelas Zazuli, dalam kes berasingan lebih kurang pukul 8 malam, pada hari yang sama pihak JKDM telah menyita 15 buah kotak disyaki mengandungi dadah jenis ketamin seberat 126.55 kilogram bernilai RM7.593 juta di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Hasil pemeriksaan kotak-kotak tersebut menjumpai 107 bungkusan plastik mengandungi bahan ketulan putih dadah jenis ketamin.



“Bagi mengaburi pihak berkuasa sindiket mengikrarkan barang dalam kotak itu sebagai periuk dan pasuk seramik. Pengimport menggunakan maklumat palsu di dalam dokumen pengimportan menyukarkan tangkapan dibuat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Janna Nick & Dini Schatzmann Selamat Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


Beliau berkata, siasatan awal mendapati dagangan itu diimport dari sebuah negara Eropah kemudian mendarat di Kompleks Kargo KLIA sebagai destinasi terakhir.



Bagi kes seterusnya, Zazuli memberitahu, bertindak atas maklumat pihak JKDM bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman telah menyita sebuah kontena sejuk beku mengandungi dadah jenis ketamin seberat 25.3 kilogram dianggarkan bernilai RM1.52 juta di Pelabuhan Klang Selangor.

“Hasil risikan mendapati, sindiket ini menyorok paket mengandungi serbuk putih disyaki dadah berbahaya di dinding kontena sejuk beku berisi makanan laut.

“Siasatan awal mendapati kontena itu tiba dari sebuah negara Asia Selatan. Seramai dua lelaki warga tempatan berusia 40-an berjaya ditahan,” katanya.

Tambah Zazuli, keseluruhan dadah yang dirampas adalah seberat 45 kilogram bernilai hampir RM70 juta dan kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN.



Taktik seludup dadah kokain sebagai kacang soya terbongkar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button