Jinping mahu hak asasi manusia dinikmati secara adil
Jinping mahu hak asasi manusia dinikmati secara adil

BEIJING: Presiden China, Xi Jinping berkata manusia sekali lagi berada di persimpangan, manakala tadbir urus hak asasi manusia global pula sedang menghadapi cabaran serius ketika ini.
Justeru, beliau mengesyorkan supaya melindungi hak asasi manusia dengan keselamatan, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, menempuh jalan pembangunan aman dan melaksanakan Inisiatif Keselamatan Global, demi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menzahirkan hak asasi manusia.
Jinping berkata demikian menerusi surat tahniah kepada Forum Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global yang dirasmikan di sini, hari ini.
Dalam surat itu, beliau turut menyarankan untuk mempromosikan hak asasi manusia melalui pembangunan, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global.
Pada masa sama, usaha meningkatkan aspek inklusif, manfaat umum dan kemampanan pembangunan, demi memastikan hak asasi manusia dapat dinikmati oleh rakyat semua negara secara adil harus diusahakan, dengan laluan pemodenan masing-masing.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
Pada masa sama, beliau juga mencadangkan untuk menggalakkan hak asasi manusia melalui kerjasama, saling menghormati dan berinteraksi secara sama rata antara satu sama lain.
“Inisiatif Peradaban Global perlu diamalkan, pertukaran dan saling belajar antara peradaban harus diperkukuh untuk mencapai konsensus melalui dialog, supaya bersama-sama mewujudkan pembangunan dan kemajuan peradaban hak asasi manusia,” tambah Jinping.
Tegas beliau, China komited terhadap prinsip rakyat diutamakan, berpegang kepada jalan pembangunan hak asasi manusia yang menepati trend semasa dan sesuai dengan keadaan negaranya sendiri.
“Kami (China) akan terus meningkatkan tahap perlindungan hak asasi manusia dalam proses membangunkan pemodenan ala China.
“China bersedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk melaksanakan semangat Deklarasi Vienna dan Program Tindakan, menggalakkan tadbir urus hak asasi manusia global ke arah lebih adil, saksama, munasabah dan inklusif.
“Kami juga mahu mewujudkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan bersama-sama membina dunia yang lebih indah,” kata Jinping.
Forum Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara, Kementerian Luar dan Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China ini bertemakan ‘Kesaksamaan, Kerjasama, Pembangunan: Ulang Tahun ke-30 Deklarasi Vienna dan Program Tindakan dan Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global’. – BERNAMA-CMG
Jinping mahu hak asasi manusia dinikmati secara adil
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?