Guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah liwat pelajar

Guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah liwat pelajar

Guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah liwat pelajar
MOHAMAD Hamzi Mohd. Kasmadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga tuduhan meliwat seorang pelajar.

JOHOR BAHRU: Seorang guru di sebuah maahad tahfiz me­ngaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan meliwat seorang pelajar lelaki.

Tertuduh, Mohamad Hamzi Mohd. Kasmadi, 27, membuat pengakuan itu selepas kese­mua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Siti Noraidi Sulaiman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sebuah bilik asrama maahad tahfiz di Benut, Pontian pada Julai dan November tahun lalu serta Mac tahun ini.



Dia yang juga warden asrama didakwa di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin meminta jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport antarabangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




Namun peguam bela tertuduh, Omar Kutty Abdul Aziz memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh berpendapatan sederhana.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 de­ngan seorang penjamin berserta syarat-syarat tambahan.

Siti Noraidi turut menetapkan 23 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Guru maahad tahfiz mengaku tidak bersalah liwat pelajar

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button