Malaysia raih pelbagai manfaat berimpak tinggi dari London

Malaysia raih pelbagai manfaat berimpak tinggi dari London

Malaysia raih pelbagai manfaat berimpak tinggi dari London
Fahmi dalam satu temubual bersama media selepas Minggu Teknologi London 2023 – Foto BERNAMA

LONDON: Hanya dalam tempoh beberapa hari, pelbagai manfaat berimpak tinggi diperoleh Malaysia menerusi misi pelaburan sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023.

Selain pemeteraian kerjasama dan komitmen pelaburan bernilai RM8.3 billion, Malaysia turut mengambil peranan besar dengan menawarkan diri sebagai penghubung sektor ekonomi digital ASEAN dengan Eropah.

Justeru, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyifatkan misi ke London sebagai berjaya serta membuahkan hasil yang memberangsangkan.



“Banyak yang telah kita berjaya capai serta dapatan baharu yang kita peroleh termasuk tentang cabaran dihadapi sektor ekonomi digital yang termasuk aspek inovasi dan teknologi baharu,” katanya kepada Bernama.

Fahmi berkata, bagi meneruskan momentum kejayaan itu terdapat beberapa perkara yang akan diperhalusi dan ditambah baik, antaranya, meningkatkan dan menambah infrastruktur dan prasarana bersesuaian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




Turut dititikberatkan ialah pencapaian 100 peratus jaringan dan peluasan perkhidmatan 5G, atau sekurang-kurangnya mencapai 80 peratus, katanya.

Selain itu, beliau berkata beberapa akta dicadang digubal bagi menarik lebih banyak syarikat dan pemain antarabangsa melabur dan berpangkalan di Malaysia.

“Dengan ini, dekad keemasan digital Malaysia akan segera dicapai, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai Harimau Digital Asia,” katanya.

Sepanjang LTW, pelbagai isu dibincangkan pemain teknologi global antaranya cabaran dalam sektor digital termasuk kecerdasan buatan (AI), isu melibatkan data serta keselamatan siber.



“Delegasi Malaysia turut membuka peluang syarikat tempatan ke pasaran Eropah melalui United Kingdom (UK). Selain itu, syarikat dari UK kita bawa untuk labur di Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?


“Kita harap siri LTW dan program lain tahun depan akan merintis lebih banyak peluang pelaburan,” kata Fahmi.



Menurutnya, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang bakal dimeterai oleh UK tidak lama lagi akan memberikan peluang bagi meningkatkan kerjasama kedua-dua negara, terutamanya dalam bidang ekonomi digital sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, Kementerian Komunikasi dan Digital menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber yang perlu digubal segera bagi membolehkan Malaysia berhadapan dengan cabaran era digital dan menangani ancaman keselamatan siber.

Perkara itu merangkumi pindaan bagi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) yang menyentuh aspek penelitian pemakluman wajib syarikat pemegang atau pengguna data kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sekiranya berlaku kebocoran, yang kini dalam fasa akhir sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri dan seterusnya ke Parlimen.

-BERNAMA



Malaysia raih pelbagai manfaat berimpak tinggi dari London


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button