7 kanak-kanak lemas sampan terbalik ketika ke sekolah
7 kanak-kanak lemas sampan terbalik ketika ke sekolah

ABIDJAN: Seramai tujuh kanak-kanak perempuan lemas apabila sampan yang membawa mereka ke sekolah terbalik di tenggara Ivory Coast, lapor pihak berkuasa penyelamat dan media tempatan, hari ini.
“Seramai 10 pelajar dari sekolah al-Quran menaiki sampan untuk menyeberangi Sungai Bia, menuju ke sekolah di tebing yang lain pada Khamis.
“Malangnya, ketika menyeberangi, sampan itu melanggar tunggul pokok, menyebabkan ia terbalik berhampiran Aboisso, sekitar 100 kilometer di timur Abidjan berhampiran sempadan Ghana,” menurut laporan platform maklumat Police Secours.
Menurut Polis Secours, walaupun tiga pelajar berjaya diselamatkan, tujuh daripadanya terkorban dalam perairan sungai yang bergelora.
Mangsa berusia antara lapan dan 12 tahun dan kesemua mayat sudah ditemui dan polis membuka kertas siasatan, lapor akhbar Fraternite Matin. – AFP
7 kanak-kanak lemas sampan terbalik ketika ke sekolah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sanusi, MB Kesayangan Taukey Kedah
- Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
- Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :