Mourinho digantung empat perlawanan caci pengadil

Mourinho digantung empat perlawanan caci pengadil

Mourinho digantung empat perlawanan caci pengadil
Jurulatih AS Roma dari Portugal, Jose Mourinho tewas buat kali pertama pada perlawanan akhir pertandingan kelab Eropah awal bulan ini. – Foto AFP

LAUSANNE: Jose Mourinho digantung bagi empat perlawanan Eropah kerana mencerca pengadil Anthony Taylor selepas kekalahan AS Roma di tangan Sevilla pada final Liga Europa, umum Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) semalam.

Pengendali dari Portugal itu berbalah dengan Taylor di tempat parkir susulan kekalahan Roma menerusi penentuan penalti selepas seri 1-1 di Budapest.

Mourinho digantung daripada “empat perlawanan berikutnya yang mana beliau terbabit dalam pertandingan kelab UEFA kerana mengeluarkan bahasa kesat terhadap pegawai perlawanan”, kata badan induk bola sepak Eropah itu.

Pasukannya akan beraksi pada peringkat kumpulan Liga Europa musim depan.



Roma turut didenda 50,000 euro (RM255,000) dan diharamkan daripada membawa penyokong ke gelanggang lawan bagi perlawanan Eropah berikutnya “kerana menyalakan bunga api, membaling objek, merosakkan harta benda dan rusuhan penonton”.

Mourinho digantung empat perlawanan caci pengadil
Aksi final Liga Europa antara Sevilla (jersi putih) dengan AS Roma di Arena Puskas, Budapest pada 1 Jun lalu. – Foto AFP

Kelab Itali itu turut didenda 5,000 euro (RM25,500) kerana “kelakuan tidak wajar pasukan mereka” dan diarah “menghubungi Persekutuan Bolasepak Hungary dalam masa 30 hari” untuk bersetuju dengan bayaran pampasan susulan kerosakan yang disebabkan oleh penyokong mereka di stadium.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO




Taylor diganggu dan dimaki hamun oleh peminat Roma di lapangan terbang Budapest bersama keluarganya sehari selepas final penuh kontroversi itu.

Pengadil dari England itu melayangkan kad kuning kepada 13 pemain, tujuh daripadanya dari Roma, manakala perlawanan yang tegang itu dihentikan beberapa kali kerana jumlah kekasaran yang terlalu banyak.

Ia kemenangan ketujuh Sevilla dalam Liga Europa dan kekalahan final Eropah pertama dalam karier pengurusan Mourinho. – AFP

Mourinho digantung empat perlawanan caci pengadil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perangai Pelik Ahli UMNO



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button