Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar
Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar
Jumaat lepas, perdana menteri, Anwar ibrahim, menjemput Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menghadiri perbincangan mengenai halatuju ekonomi negara.
Turut sama di dalam perbincangan tersebut adalah Naib Presiden UMNO, Johari Ghani, serta beberapa orang pakar ekonomi.
Menurut Anwar, tujuan perbincangan adalah untuk menentukan halatuju ekonomi negara di bawah Kerajaan Perpaduan.
Penulis tidak pasti atas kapasiti apa KJ dijemput sama kerana beliau bukanlah seorang pakar ekonomi.
Malah ketika di era DS Najib, Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri, KJ tidak memegang sebarang potfolio yang berkaitan dengan ekonomi.
Tetapi apa yang pasti adalah apabila berita itu tular, Muhyiddin dikatakan sangat marah dan kecewa.
Mengapa?
KJ sudah beberapa kali dipujuk oleh Muhyiddin supaya menyertai Perikatan Nasional (PN), tetapi beliau tidak memberikan sebarang respon.
Motif Muhyiddin adalah mahu menggunakan KJ sebagai magnet tarikan anak muda kepada PN terutamanya di PRN Selangor.
Mungkin Muhyiddin berpendapat, sekiranya KJ dijadikan ‘poster boy’ untuk PRN Selangor, maka peluang PN untuk merampas Selangor adalah cerah.
Muhyiddin sebenarnya tidak ada keyakinan ke atas Azmin dan Noh Omar untuk memberikan kemenangan kepada PN di Selangor.
Azmin sebagaimana yang kita tahu tewas di parlimen Gombak dalam PRU 15, manakala Noh Omar yang menerajui Selangor untuk BN telah gagal menawan Selangor selama 2 penggal.
Sebab itulah kehadiran KJ dalam perbincangan halatuju ekonomi di Putrajaya sangat mengecewakan Muhyiddin.
Ianya memberikan gambaran besar kemungkinan KJ tidak akan meneruskan karier politik beliau tetapi menumpukan masa kepada karier baharu.
Jadi tidak hairanlah apabila Muhyiddin secara tiba-tiba mengumumkan tidak ada calon menteri besar dari PN sekiranya mereka menang.
Kerana Muhyiddin tahu, ianya tidak akan berlaku.
Dalam masa yang sama, Muhyiddin menyindir Azmin dan Noh Omar, sekiranya mahu menjadi menteri besar, buktikan kamu boleh memberikan kemenangan.
Kepada Azmin dan Noh Omar, selamat mencuba.
Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang
- Hadi Awang Akui Beliau Pendokong Syiah
- Adakah Lebai Jasin Menuduh Umat Islam Di Luar PAS Bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
- Antara Mimpi Dan Realiti PN Menghadapi Pilihanraya Negeri