Nkunku sah milik Chelsea

Nkunku sah milik Chelsea

Nkunku sah milik Chelsea
Chelsea melengkapkan perpindahan penyerang Perancis, Christopher Nkunku dari RB Leipzig. – Foto AGENSI

LONDON: Chelsea melengkapkan perpindahan penyerang Perancis, Christopher Nkunku dari RB Leipzig dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai 63 juta pound (RM373.1 juta).

Nkunku sudah bersetuju untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu sejak Disember lalu dan kini kontraknya berjaya disempurnakan.

Pemain 25 tahun itu menandatangani kontrak enam tahun bersama The Blues, yang kembali aktif dalam pasaran perpindahan untuk bangkit daripada kempen mengecewakan.



“Chelsea dengan sukacita memaklumkan Christopher Nkunku akan menyertai kelab dari RB Leipzig menjelang musim 2023-24,” kata Chelsea.

 

Nkunku antara bintang sedang meningkat naik dalam kancah bola sepak Eropah dan menjaringkan 23 gol dalam 36 perlawanan untuk Leipzig musim lalu.

Dia adalah pembelian besar pertama sejak Mauricio Pochettino disahkan sebagai pengendali baharu Chelsea pada Mei lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan



“Saya tidak sabar untuk bertemu jurulatih dan rakan sepasukan baharu, serta membuktikan kepada penyokong Chelsea apa yang saya mampu lakukan di atas padang,” kata Nkunku.

Nkunku, lulusan akademi bola sepak terkenal Perancis di Clairefontaine, bersama Paris Saint-Germain selama empat tahun sebelum berpindah ke Leipzig pada tahun 2019.



Dia menyerlah bersama kelab Jerman itu dan dinobatkan sebagai pemain terbaik Bundesliga pada musim 2021-22 selepas meledak 20 gol dan melakukan 15 umpanan.

Musim berikutnya, dia meledak 23 gol ketika membantu Leipzig menduduki tangga ketiga Bundesliga dan menjaringkan gol dalam kemenangan final Piala Jerman menentang Eintracht Frankfurt. – AFP

Nkunku sah milik Chelsea


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button