Alangkah bagus jika ada ramai Arif Aiman, Faisal

Alangkah bagus jika ada ramai Arif Aiman, Faisal

Alangkah bagus jika ada ramai Arif Aiman, Faisal
Pemain Malaysia, Mohd Arif Aiman bersama Mohd Faisal Halim meraikan jaringan gol pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. -NSTP/GHAZALI KORI

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya memerlukan lebih ramai pemain yang setaraf atau memiliki kualiti seperti bintang muda, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatkan dua pemain itu pemain itu antara yang terbaik berada dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.

Beliau berkata, perkara itu sudah terbukti apabila mereka berjaya mengubah corak permainan skuad kendalian kim Pan Gon selepas dimasukkan sebagai pemain gantian dalam babak kedua ketika berdepan Papua New Guinea, Selasa lalu.



Katanya, tonggak pertahanan muda Azam Azmi Murad juga berjaya memperagakan aksi terbaik dan ia menunjukkan bahawa Harimau Malaya sebenarnya memiliki ramai pemain tempatan berbakat.

“Saya tengok memang ada peningkatan permainan terutama ketika lawan Papua New Guinea. Babak kedua selepas Arif Aiman dan Faisal masuk berjaya mengubah bahagian serangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




“Babak pertama pasukan negara tidak menampilkan aksi yang baik terutama di depan gol walaupun mendapat banyak peluang terhidang.

“Sekarang ini kita ada pemain tempatan yang kita boleh ketengahkan. Pemain naturalisasi yang ada pun saya tengok kurang menyerlah melainkan satu atau dua pemain seperti Paulo Josue,” katanya kepada BH Sukan, hari ini.

Semalam BH Sukan melaporkan gandingan Arif Aiman dan Faisal Halil atau duo ‘AF’ menjadi kunci kepada kejayaan Harimau Malaya membelasah Papua New Guinea 10-0 dengan mereka menyumbang separuh daripada jumlah jaringan itu.

Arif Aiman meledak empat gol dan Faisal menjaringkan satu gol dengan tiga gol yang dihasilkan Arif Aiman adalah berpunca daripada hantaran Faisal dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu pula membantu jaringan Faisal.

Arif Aiman turut membuktikan gelaran Pemain Paling Bernilai MVP Liga Malaysia yang dimenanginya pada 2021 dan 2022 adalah tepat apabila turut membantu pemain naturalisasi, Paulo Josue melengkapkan hatrik pada minit ke-70 selain hantarannya juga membolehkan Daniel Ting meledak jaringan pada minit ke-76.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO


Selain itu, Jamal turut bersetuju dengan laporan BH Sukan bahawa skuad Harimau Malaya perlu mengatur aksi persahabatan pada September ini dengan pasukan yang lebih kuat atau berada di ranking lebih tinggi.

Katanya, ia penting untuk melihat kekuatan sebenar Harimau Malaya sebelum menghadapi pusingan akhir Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.



“Kita sudah mula dengan pasukan bawah selepas itu pasukan pertengahan, lepas ini kita kena lawan pasukan lebih tinggi untuk melihat kekuatan sebenar kita,” katanya.

Alangkah bagus jika ada ramai Arif Aiman, Faisal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading