Bekas pemandu e-hailing dipenjara 10 tahun, 20 sebatan miliki dadah

Bekas pemandu e-hailing dipenjara 10 tahun, 20 sebatan miliki dadah

Bekas pemandu e-hailing dipenjara 10 tahun, 20 sebatan miliki dadah
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 20 sebatan terhadap seorang bekas pemandu e-hailing atas dua tuduhan memiliki 1.6 kilogram dadah jenis ganja, dua tahun lalu.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, memutuskan hukuman itu selepas Nazri Sahak, 48, mengaku bersalah sejurus pertuduhan pilihan dikemukakan terhadapnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman 10 sebatan dan penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 2 Julai 2021.



Bagi kedua-dua pertuduhan itu, lelaki berkenaan didakwa memiliki dadah seberat 654.1 gram dan 965.7 gram di sebuah rumah serta kawasan parkir di Taman Naga Emas, Brickfields di sini, antara jam 5.05 dan 5.15 petang, 2 Julai 2021.

Pendakwaan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama, membawa kepada hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan maksimum 10 sebatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norashikin Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Hazman Ahmad.

Muhammad Jamil membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lee Kim Shing ,41, dan Tan Kia Wah ,40, di akhir kes.

Hakim itu berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah berada dalam jagaan dan kawalan kedua-dua tertuduh hasil penilaian keterangan saksi.

“Dalam kes ini, elemen niat bersama bagi mengedar dadah juga gagal dibuktikan pihak pendakwaan terhadap tertuduh pertama dan kedua.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO


“Oleh itu, mereka dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengedar methamphetamine di sebuah rumah di Jalan Ipoh Batu 6, Sentul, di sini, pada jam 1 tengah hari, 2 Disember 2020.



Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya sama, manakala peguam, Sangeet Kaur Deo dan Mohd Taufik Md Tahir masing-masing mewakili Kim Shing serta Kia Wah.

Bekas pemandu e-hailing dipenjara 10 tahun, 20 sebatan miliki dadah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button