Penggabungan Ambank spekulatif semata-mata
Penggabungan Ambank spekulatif semata-mata
Kuala Lumpur: AMMB Holdings Bhd (AmBank) menjelaskan laporan media baru-baru ini, membabitkan Kumpulan AmBank berhubung penggabungan dan pengambilalihan (M&A) adalah spekulatif semata-mata.
“Seperti yang anda sedia maklum, kami dikawal oleh keperluan pendedahan yang berat tuntutannya.
“Sekiranya dan apabila kami mempunyai apa-apa yang berkaitan untuk diumumkan, mengikut amalan terbaik dan tadbir urus korporat, pengumuman Bursa akan dibuat,” kata AMMB kepada Bernama, hari ini.
Pada Khamis, Kenanga Research dalam notanya menyatakan “ini mungkin masa yang sesuai bagi M&A untuk AmBank melihatkan kepada prospek pasaran dan iklim makroekonomi semasa.”
Menurutnya tinjauan asas AmBank dan iklim prospek makroekonomi semasa “boleh memberikan peluang yang lebih sesuai” untuk penggabungan.
Hanya setahun lalu, pasaran membicarakan kemungkinan perbincangan penggabungan antara AmBank dan RHB Bank Bhd, serta potensi pengambilalihan pegangan dalam Ambank oleh Grab Holdings Ltd.
Sementara itu, RHB Bank Bhd berkata bank itu tidak mengintai sebarang peluang M&A pada masa ini.
Namun, sekiranya peluang muncul dengan sendiri, bank akan menilai dan menaksir daya majunya.
Penggabungan Ambank spekulatif semata-mata
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :