Lelaki cederakan pekerja kedai serbaneka dihadapkan ke mahkamah

Lelaki cederakan pekerja kedai serbaneka dihadapkan ke mahkamah

Lelaki cederakan pekerja kedai serbaneka dihadapkan ke mahkamah
Suspek diiringi polis dibawa masuk ke mahkamah dan dijangka berhadapan tuduhan mencederakan seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam. – Foto NSTP/Faris Fuad

BANGI: Seorang lelaki tiba di Mahkamah Bandar Baru Bangi pada pagi ini dan dijangka berhadapan tuduhan mencederakan seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam di Semenyih, minggu lalu, di mana kejadiannya tular di media sosial.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu yang bergari diiringi beberapa anggota polis tiba di kawasan parkir mahkamah, pada jam 9.24 pagi.

Media melaporkan, tertuduh ditahan pada 21 Jun lalu, sehari selepas kejadian berkenaan, oleh Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.



Lelaki terbabit kemudian direman selama enam hari berakhir hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Lelaki cederakan pekerja kedai serbaneka dihadapkan ke mahkamah
Lelaki yang tular memukul seorang pekerja kedai serbaneka dijamin di Mahkamah Bandar Baru Bangi. – Foto NSTP/Saifullizan Tamad

Dalam kejadian pada jam 5 pagi, mangsa yang berusia 18 tahun didatangi suspek tidak dikenali yang ingin membeli minuman.

Bagaimanapun, seorang suspek mengambil tiga payung dan keluar dari premis tanpa membuat sebarang bayaran.

Mangsa menegur suspek dan berlaku pertengkaran mulut sebelum suspek kembali ke dalam premis dan menumbuk muka mangsa.



Suspek juga dilaporkan mengambil swafoto bersama mangsa selepas mencederakannya sebelum beredar meninggalkan premis.

Lelaki cederakan pekerja kedai serbaneka dihadapkan ke mahkamah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading