Datuk ditahan disiasat kes rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram

Datuk ditahan disiasat kes rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram

Datuk ditahan disiasat kes rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika sidang media sejurus temubual Cakna Rasuah Bersama SPRM menerusi segmen Tamu Kito di Negeri FM, petang tadi. – Foto Ahmad Hasbi

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil saksi bagi membantu melengkapkan siasatan kes ahli perniagaan bergelar Datuk yang ditahan berkaitan kes pengubahan wang haram, Isnin lalu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, tiada tangkapan terbaru berkaitan kes itu dilakukan setakat ini.

Beliau berkata, penahanan individu berkenaan adalah hasil operasi Petugas Agensi-Agensi Penguat kuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh SPRM.



“Antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Siber Sekuriti Malaysia (CSM).

“Dalam siasatan secara taskforce ini, kita menyiasat kes berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram dan di bawah akta kastam dan termasuk juga kuasa dibawah LHDN,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :



Azam berkata demikian ketika sidang media sejurus sesi temubual Cakna Rasuah Bersama SPRM menerusi segmen Tamu Kito di Negeri FM, petang tadi.

Beliau berkata, penahanan suspek dan beberapa individu lain membuahkan hasil yang mana banyak harta dirampas untuk disiasat.

“Setakat ini saya mendapat makluman daripada pegawai penyiasat, kita tidak ada lagi mereka yang untuk ditahan. Tetapi kita akan memanggil ramai saksi untuk membantu siasatan dalam kes ini,” katanya.

BH difahamkan, operasi pada Isnin lalu itu, membabitkan serbuan serentak dilakukan di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan membabitkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi.

Berikutan itu, seorang Datuk dan sekutunya ditahan dengan sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz juga telah disita.



Datuk ditahan disiasat kes rasuah, salah guna kuasa, penggubahan wang haram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button