Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia
Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia
MANILA: Polis Filipina berjaya menyelamatkan lebih 1,000 orang yang didakwa diseludup masuk ke negara itu untuk menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
Kesemua individu berkenaan dibawa masuk negara itu untuk bekerja di kasino dalam talian di Manila.
Rakyat Malaysia merupakan antara mangsa yang ditemukan ketika polis menyerbu beberapa bangunan di sebuah kawasan di ibu negara Filipina semalam.
Mangsa lain yang turut diselamatkan oleh pihak berkuasa terdiri daripada warga China, Vietnam dan Singapura.
Menurut polis, mangsa menerima tawaran pekerjaan disiarkan dalam Facebook untuk bekerja sebagai `pembantu permainan dalam talian’ di Filipina.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
Beberapa wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian menyaksikan dua trak dan van polis diparkir di luar perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, pengamal media itu tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bangunan tersebut.
Sementara itu, jurucakap jabatan anti jenayah siber polis Filipina, Michelle Sabino berkata, pihaknya pada mulanya mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes pemerdagangan manusia.
“Bagaimanapun, kami akan menyiasat secara menyeluruh termasuk sama ada pekerja berkenaan turut terlibat dalam sindiket dalam talian itu,” katanya selepas operasi serbuan itu.
Dilaporkan, kes penipuan dalam talian di rantau Asia Pasifik semakin membimbangkan.
Malah, sindiket demikian sering dikendalikan oleh mangsa pemerdagangan yang ditipu atau dipaksa untuk mempromosikan pelaburan kripto palsu. – AFP
Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia
Filipina selamatkan lebih 1,000 mangsa pemerdagangan manusia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :