Liverpool mahu ‘pancing’ Mbappe

Liverpool mahu ‘pancing’ Mbappe

Liverpool mahu 'pancing' Mbappe
Liverpool sedia beri tawaran lumayan untuk mendapatkan Kylian Mbappe yang turut diintai Real Madrid. Foto AGENSI

LONDON: Liverpool bersedia untuk mencabar Real Madrid bagi mendapatkan bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe, kata ejen Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Marco Kirdemir.

Masa depan Mbappe bersama PSG samar-samar selepas dia memaklumkan pasukan itu bahawa dia enggan melanjutkan kontraknya selepas musim panas depan.

Dia gembira untuk kekal bagi tahun terakhirnya bersama PSG namun juara Ligue 1 itu tidak mahu penyerangnya itu meninggalkan mereka secara percuma dan mahu menjualnya pada musim panas ini.



Real Madrid dijangka menjadi destinasi pilihan Mbappe selepas mereka hampir mendapatkan penyerang berusia 24 tahun itu sebelum dia kemudian membuat ‘pusingan U’ dan kekal di PSG.

“Liverpool akan bersaing dengan Real Madrid dan mereka sedia memberikan tawaran lumayan untuk Mbappe,” kata Kirdemir kepada Marca.

Meskipun kontrak Mbappe hanya berbaki setahun namun Kirdemir percaya PSG mahukan nilai perpindahan yang tinggi buat pemain itu.

Kirdemir menjangkakan nilainya sekitar RM1.5 bilion sekali gus menjadikan Mbappe sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak.



Rekod itu ketika ini dipegang rakan sepasukannya, Neymar selepas PSG membelanjakan RM1.1 bilion untuk pemain itu pada 2017. -AGENSI

Liverpool mahu ‘pancing’ Mbappe


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading