134 rakyat Malaysia mangsa sindiket buruh paksa diselamatkan di Filipina
134 rakyat Malaysia mangsa sindiket buruh paksa diselamatkan di Filipina

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan 134 individu disyaki rakyat Malaysia antara diselamatkan daripada sindiket buruh paksa yang ditumpaskan pihak berkuasa Filipina.
Wisma Putra memaklumkan, kementerian melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila giat mengenal pasti serta mengesahkan status semua mangsa itu.
Katanya, mereka sebahagian daripada 2,714 mangsa sindiket jenayah penipuan membabitkan tawaran pekerjaan, buruh paksa dan tahanan salah di Republik Filipina.
“Kedutaan Besar Malaysia di Manila mengesahkan pihak berkuasa tempatan Filipina membuat serbuan ke atas syarikat Xinchuang Network Technology Inc dan menyelamatkan mangsa sindiket jenayah itu yang terdiri pelbagai warga negara termasuk Malaysia.
“Rakyat Malaysia yang terbabit juga akan dibawa pulang secepat mungkin, dengan mangsa dipercayai warga negara Malaysia akan menjalani proses siasatan, dokumentasi dan deportasi ke negara asal dalam masa terdekat,” katanya.
Menurut laporan CNN Filipina, lebih 2,000 pekerja termasuk warga asing diselamatkan daripada aktiviti penyeludupan manusia semalam selepas pihak berkuasa melakukan serbuan di hab POGO di Las Piñas City.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
Menurut Polis Filipina (PNP), seramai 1,525 membabitkan warga tempatan, manakala selebihnya adalah berasal dari China, Vietnam, Malaysia, Myanmar, Taiwan, dan Singapura.
Serbuan dilancarkan selepas kumpulan antijenayah siber PNP memperoleh waran untuk menggeledah, merampas dan memeriksa data komputer ditempatkan di kompleks POGO.
Difahamkan, pihak polis mempunyai kuasa untuk merampas komunikasi dan data komputer dikaitkan dengan kemungkinan pelanggaran Akta Antipemerdagangan Orang Diperluaskan 2012.
134 rakyat Malaysia mangsa sindiket buruh paksa diselamatkan di Filipina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :