Aidiladha disambut sederhana, lonjakan inflasi jejas pembelian binatang korban
Aidiladha disambut sederhana, lonjakan inflasi jejas pembelian binatang korban
COLOMBO: Ketika keadaan ekonomi tidak menentu dan harga binatang korban melonjak, sambutan Aidiladha masih dapat diraikan secara sederhana namun penuh bermakna di bagi umat Islam di seluruh dunia.
Menurut Arab News, umat Islam di seluruh Sri Lanka dilaporkan bergelut untuk membeli haiwan korban menjelang Aidiladha, apabila inflasi yang melambung menyebabkan harga ternakan meningkat ke paras tertinggi.
HARGA BINATANG KORBAN MENINGKAT
Dalam kalangan 2.2 juta minoriti Islam di Sri Lanka, hanya sedikit yang mampu mengadakan ibadah korban bagi perayaan musim ini, ketika negara itu kekal dalam cengkaman krisis kewangan terburuk dalam tempoh beberapa dekad.
“Harga seekor lembu meningkat antara 180,000 rupee (RM2,733) hingga 240,000 rupee (RM3,644).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
“Tahun lepas harganya hanya sekitar 80,000 rupee (RM1,214) hingga 120,000 rupee (RM1,822) ,” kata peniaga daging di Colombo, Mohammed Kabeer.
Mohammed berkata, tahun lalu, Sri Lanka gagal membayar balik hutang asing menyebabkan keadaan ekonominya masih mencabar bagi ramai penduduknya.
“Inflasi sangat menjejaskan perniagaan kami. Tahun lalu, orang ramai sangat bersemangat dan tahun ini hanya mereka yang sangat kaya datang menempah lembu untuk disembelih bagi menjalankan ibadah korban.
“Pembelian menurun dengan mendadak dan paling menyedihkan, penerima daging korban juga pasti berkurangan tahun ini dan akan memberi kekecewaan besar terutamanya kepada golongan miskin yang menanti lama untuk menikmatinya,” katanya.
NEGARA BERGOLAK HARAP BANTUAN
Perkara sama turut dilaporkan berlaku di Mesir apabila ramai keluarga mengakui tidak mampu untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN Sudah Ketandusan Isu?
- Satu Kesalahan besar bila PAS lari dari tanggungjawab bahas wang rakyat di Parlimen
“Rakyat Mesir membelanjakan beberapa juta pound tahun lalu semasa musim Aidiladha untuk pembelian haiwan dan daging korban.
“Bagaimanapun, tahun ini, kami menjangkakan angka itu menurun dengan ketara. Kebanyakan yang sudah berniat melakukan ibadah korban hanya mampu berkongsi dengan ahli keluarga lain untuk membeli seekor kambing,” kata Pakar Ekonomi, Adel Amer kepada Arab News.
Penduduk Islam di Sudan antara yang merasakan keperitan ketika sambutan Aidiladha terutama bagi yang masih tinggal di kem pelarian.
“Beberapa tahun lalu, masih ada umat Islam Sudan yang berkemampuan membeli dan menyembelih haiwan korban.
“Tetapi tahun ini jelas sekali daging adalah satu kemewahan yang sangat jarang dinikmati kerana perang terlalu banyak mengganggu kehidupan seharian dan bekalan makanan kami.
“Kami tidak mampu walaupun untuk membeli sedikit daging kambing ,” kata seorang pelarian, Mawaheb Omar.
BANGLADESH KORBAN UNTA
Bagi warga Bangladesh pula, kebanyakan penduduk akan menyembelih lembu minggu ini, tetapi ada juga yang bekerja lebih keras untuk melakukan ibadah korban yang lebih besar dengan membeli unta.
Haiwan itu jarang ditemui di Bangladesh kerana mereka bukan spesies asli di rantau ini tetapi kebanyakannya diimport dari India atau dibeli dari ladang di Dhaka yang menjalankan operasi menternak unta sejak tahun 2004.
Pengurus ladang unta berkenaan, Shahar Ali berkata, usaha menternak haiwan berkenaan bukan mudah dalam cuaca berbeza di Bangladesh.
“Pada mulanya, orang ramai ragu-ragu sama ada kami akan dapat memelihara haiwan padang pasir dalam iklim di sini. Tetapi kami berjaya,” katanya.
Aidiladha disambut sederhana, lonjakan inflasi jejas pembelian binatang korban
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :