Kebakaran hutan Kanada cetus jerebu di AS dan Eropah

Kebakaran hutan Kanada cetus jerebu di AS dan Eropah

Kebakaran hutan Kanada cetus jerebu di AS dan Eropah
Kebakaran hutan Kanada cetus jerebu di AS dan Eropah

KANADA: Kebakaran hutan yang melanda timur dan barat Kanada mengeluarkan rekod 160 juta tan karbon setakat hari ini.

Menurut Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernicus Kesatuan Eropah (EU), kebakaran itu kini merebak ke Amerika Utara dan berkemungkinan menyebabkan langit berjerebu di Eropah pada minggu ini.

Badan itu dalam satu kenyataan berkata, asap kebakaran hutan turut menyelubungi beberapa pusat bandar utama termasuk New York City dan Toronto.



Musim kebakaran hutan tahun ini juga disifatkan yang terburuk pernah direkodkan, dengan kawasan merentasi timur dan barat Kanada seluas kira-kira 76,000 kilometer persegi musnah dijilat api.

“Sehingga 26 Jun lalu, pelepasan tahunan daripada kebakaran itu adalah yang terbesar bagi Kanada sejak pemantauan satelit bermula pada 2003, mengatasi tahun 2014 sebanyak 140 juta tan.

“Karbon yang dikeluarkan hampir menyamai pelepasan karbon dioksida tahunan Indonesia daripada pembakaran bahan api fosilnya.

“Musim kebakaran hutan Kanada kebiasaannya memuncak pada akhir Julai atau Ogos, dengan pelepasan terus meningkat sepanjang musim panas,” katanya. – REUTERS



Kebakaran hutan Kanada cetus jerebu di AS dan Eropah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading