Mendy terima lamaran duit Pak Arab
Mendy terima lamaran duit Pak Arab

LONDON: Edouard Mendy menyertai Al-Ahli ketika penjaga gol Senegal itu menjadi pemain ketiga meninggalkan Chelsea untuk berpindah ke Arab Saudi sejak musim berakhir.
Al-Ahli dilaporkan membayar sekitar £16 juta (RM94 juta) untuk mendapatkan Mendy, yang memilih untuk mengangkat kaki dari kelab Liga Perdana Inggeris itu sesudah kehilangan tempatnya kepada Kepa Arrizabalaga bagi separuh kedua musim lalu.
“Selamat datang Mendy… penjaga gol terbaik di dunia,” tulis Al-Ahli di media sosial disertai dengan klip video pemain berusia 31 tahun itu menandatangani kontraknya.
“Selepas memulakan kariernya dalam liga bawahan bola sepak Perancis – malah pernah menghabiskan beberapa bulan tanpa kelab – Mendy melonjak ke puncak bola sepak Eropah bersama Chelsea,” menurut satu kenyataan dalam laman sesawang Chelsea.
“Satu karakter berwibawa di dalam dan luar padang, dia akan sentiasa dikenang dalam sejarah kami kerana sumbangan bermaknanya bagi kejayaan kami dalam Liga Juara-Juara 2021.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?

“Kerana itu dan segala-galanya yang disumbangkannya, kami amat bersyukur. Selamat berjaya, Edou!”
Mendy membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara pada 2021, namun hanya beraksi sekali buat kelab itu selepas kembali daripada Piala Dunia di Qatar tahun lalu.
Dia tidak lagi menjadi pilihan susulan pemecatan Thomas Tuchel sebagai pengurus Chelsea pada September, dengan penggantinya Graham Potter dan bos sementara Frank Lampard lebih suka menurunkan Kepa di pintu gol.
Ia jelas satu kekecewaan besar buat pemain yang dinamakan sebagai penjaga gol terbaik tahunan UEFA dan FIFA pada 2021.
Mendy menyertai bekas pemenang Piala Dunia, N’Golo Kante dan Kalidou Koulibaly meninggalkan Stamford Bridge untuk beraksi dengan kelab Liga Pro Saudi, dengan masing-masing sudah berpindah ke Al-Ittihad dan Al-Hilal. – AFP
Mendy terima lamaran duit Pak Arab
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib