Faktor muka bumi, kawasan hutan luas sukarkan pencarian pemburu hilang

Faktor muka bumi, kawasan hutan luas sukarkan pencarian pemburu hilang

Faktor muka bumi, kawasan hutan luas sukarkan pencarian pemburu hilang
Pasukan SAR berdepan pelbagai cabaran dalam misi mencari dan menyelamat seorang lelaki bersama kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar berburu.- Foto NSTP/Ihsan Bomba

TAWAU: Faktor muka bumi dan kawasan hutan yang luas antara kesukaran dihadapi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan lelaki bersama anak saudaranya yang dilaporkan hilang ketika keluar berburu, sejak 24 Jun lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata selain itu pihaknya juga berdepan masalah kekurangan maklumat serta ketiadaan liputan talian telefon sehingga menyukarkan komunikasi.

Menurutnya, jaringan komunikasi adalah keperluan penting kepada pasukan SAR bagi memastikan koordinasi antara pasukan dan agensi yang terbabit di lokasi bencana dapat dilaksanakan secara efektif.



Bagaimanapun, katanya walaupun berdepan pelbagai cabaran ia tidak mematahkan semangat anggota dan pasukan SAR untuk meneruskan operasi pencarian yang memasuki hari keempat kira-kira jam 6 pagi, hari ini, selepas ditangguhkan lewat petang semalam.

Faktor muka bumi, kawasan hutan luas sukarkan pencarian pemburu hilang
Pasukan SAR berdepan pelbagai cabaran dalam misi mencari dan menyelamat seorang lelaki bersama kanak-kanak berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar berburu.- Foto NSTP/Ihsan Bomba

“Menerusi Operasi SAR yang dilancarkan semalam juga, kita mendapatkan khidmat bantuan empat orang daripada pasukan SAPURA (komunikasi) yang turut menyertai operasi pencarian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Pada masa sama, Pusat Khidmat Operasi Bencana (PKOB) juga akan dipindahkan ke kawasan lain mengikut kesesuaian lokasi pencarian yang turut diperluaskan sejauh sepuluh kilometer,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jemishin berkata, walaupun sudah lebih seminggu dilaporkan hilang, pasukan penyelamat optimis kedua-dua mangsa dapat ditemukan dengan selamat.

“Kita yakin, mangsa masih berpeluang ditemui selamat sekiranya mempunyai kemahiran atau ikhtiar hidup kendiri dalam hutan,’ katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua mangsa dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, bersama anak saudaranya, Al Fajri Anto, 11, dikhuatiri hilang selepas keluar berburu di kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6 Usahawan Borneo Brumas, dekat sini, sejak Sabtu minggu lalu.



Mereka dikatakan keluar berburu secara berkumpulan seramai lapan orang sebelum berpecah kepada beberapa kumpulan kecil ketika di dalam hutan.

Operasi SAR yang dilancarkan sejak Khamis lalu, bagaimanapun gagal menemukan sebarang petunjuk dan kedua-duanya masih belum berjaya ditemukan.

Faktor muka bumi, kawasan hutan luas sukarkan pencarian pemburu hilang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button