Akhbar tertua dunia tamatkan cetakan selepas 320 tahun

Akhbar tertua dunia tamatkan cetakan selepas 320 tahun

Akhbar tertua dunia tamatkan cetakan selepas 320 tahun
EDISI terakhir akhbar tertua dunia, Wiener Zeitung yang dicetak kelmarin.-AFP

VIENNA: Akhbar nasional tertua di dunia, Wiener Zeitung dari Austria mencetak edisi harian terakhirnya selepas hampir 320 tahun beroperasi.

Lapor The Guardian, akhbar yang berpangkalan di Vienna itu tidak lagi mencetak edisi harian selepas perubahan undang-undang yang dibuat kerajaan menyebabkan medium tersebut tidak lagi dapat mencipta keuntungan sebagai produk cetakan.

Undang-undang yang diluluskan pada April lalu oleh kerajaan campuran Austria menghentikan keperluan untuk mengenakan bayaran kepada syarikat bagi menerbitkan sebarang pengumuman awam dalam edisi cetak akhbar itu, sekali gus menamatkan peranan Wiener Zeitung sebagai warta rasmi.



Perubahan ini mengakibatkan anggaran kehilangan pendapatan sebanyak 18 juta euro (RM91.57 juta) dan memaksa akhbar itu memberhentikan 63 pekerja, termasuk mengurangkan kakitangan editorialnya daripada 55 kepada hanya 20 orang.

Pada bulan April lalu edarannya merosot kepada hanya 20,000 keping pada hari bekerja, walaupun angka itu meningkat dua kali ganda pada hujung minggu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Bagaimanapun akhbar itu akan terus menerbitkan berita secara dalam talian dan berharap untuk mengedarkan edisi cetakan bulanan, walaupun rancangan itu dilaporkan masih belum dimuktamadkan.

Wiener Zeitung yang dimiliki oleh kerajaan Austria tetapi bebas dari segi editorial, mula diterbitkan pada Ogos 1703 dan menjadi wadah berita bagi pemerintahan 12 presiden dan 10 maharaja.

Dalam edisi terakhir kelmarin, akhbar itu menyiarkan laporan sudut editorial yang menyalahkan undang-undang baharu kerajaan atas penamatan cetakannya.

“Ini adalah masa yang sukar untuk kewartawanan berkualiti. Di banyak platform lain, kandungan yang serius terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian dalam kalangan berita palsu, video kucing dan teori konspirasi,” katanya.



Akhbar tertua dunia tamatkan cetakan selepas 320 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading