Bayi cukup sifat dibuang di lantai kedai ayam

Bayi cukup sifat dibuang di lantai kedai ayam

Bayi cukup sifat dibuang di lantai kedai ayam
Bayi yang masih hidup ditemui di atas lantai di sebuah kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih. – NSTP/Ihsan Pembaca

CHUKAI: Seorang bayi perempuan ditemui di lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini, hari ini.
READ MORE

Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditemui pemilik kedai jam 7.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata bayi itu ditemui pemilik kedai ketika mahu memulakan perniagaan



Katanya, bayi dianggar seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut

“Bayi berada dalam keadaan sihat dan polis giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.

Hanyan berkata, klinik sekitar daerah ini sudah dihubungi dan diminta memaklumkan kepada polis sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan bayi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.



Bayi cukup sifat dibuang di lantai kedai ayam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button